Dituduh Sering Habiskan Makanan, Remaja Dirantai & Dikurung Ibu Bapa Sendiri Hingga Kebuluran

Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki telah menjadi mangsa pengabaian dan penderaan oleh bapa dan ibu tirinya setelah rakaman yang memaparkan keadaannya tular di media sosial.

Memetik laporan Kompas.com, video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang ketika itu memakai baju berwarna merah dan duduk bersila di atas tanah, dengan kakinya dirantai.

Remaja itu juga kelihatan sangat kurus dan memberi isyarat lapar serta meminta makanan.

Difahamkan, remaja itu melarikan diri dari rumah selepas bapa dan ibu tirinya terlupa mengunci pintu pagar. Dia juga telah pergi ke rumah jirannya dan meminta makanan kerana lapar.

“Dia kata dia lapar, ayah dan ibu tirinya tak pernah bagi dia makan dan dia selalu kena seksa,” kata jirannya.

Dia telah memberi makanan kepada mangsa sementara menunggu pihak berkuasa tiba di tempat kejadian. Pun begitu, rantai yang berada di kaki remaja tersebut pada ketika itu dipercayai masih belum dibuka.

“Kami penduduk tak berani nak buka (rantai), biar polis tolong dulu,” kata jiran mangsa.

Menurut jirannya, remaja itu telah dipindahkan ke rumah anak yatim selepas kisahnya tular di media sosial.

Beberapa saat kemudian, bapa dan ibu tiri mangsa yang baru selesai disoal siasat datang ke rumah anak yatim itu untuk mengambil mangsa.

Mereka berkeras untuk mengambil mangsa pulang ke rumah tetapi dihalang oleh penduduk tempatan.

Sementara itu, mangsa dikatakan telah didera dan dirantai kerana dianggap sering menghabiskan banyak makanan di rumah.

“Tadi saya sempat berbual dengan ibu bapa mangsa, dakwa mereka mangsa sering menghabiskan makanan.

“Mereka juga mengikat mangsa kerana takut mangsa mengambil makanan jiran-jiran mereka,” kata Ketua Lembaga Perlindungan Anak Indonesia (LPAI) Bekasi Raya Frans Sondang Sitorus.

Dalam pada itu, berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Besar Wilayah Kota Bekasi, mangsa dikatakan mengalami kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki.

“Ada kesan lebam di pergelangan kakinya, mungkin akibat rantai yang diikat ibu bapanya dan di pergelangan tangan kirinya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi Metro, Pesuruhjaya Polis Ivan Adhitira.

Jika terbukti ibu bapanya melakukan penderaan, kedua-duanya akan didakwa mengikut Undang-undang No.35 Tahun 2014 mengenai Perlindungan Anak.

Sumber: Kompas.com

BACA: Sudah 10 tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta Hubungan Intim Setiap hari..?

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*