Detik-Detik Taufan Idalia Badai Florida, Banyak Kawasan Mula Ditenggelami Air

taufan idalia

Detik-Detik Taufan Idalia Badai Florida, Banyak Kawasan Mula Ditenggelami Air

AMERIKA SYARIKAT — Taufan Idalia yang dikelaskan sebagai taufan Kategori 3 (kuat) dilaporkan melanda barat laut Florida pada pagi Rabu hari ini, lapor AFP.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, taufan itu tiba di Florida Big Bend sekitar jam 7.45 pagi waktu tempatan. Ia membawa angin kencang dengan kelajuan mencapai sekitar 125 mph (205 km/h) maksimum.

Susulan itu, kerosakan harta benda dijangka terus meningkat berikutan bencana tersebut. Paras air laut juga dilaporkan naik dengan pantas di sepanjang pantai berkenaan.

Dalam pada itu, portal NBC News turut melaporkan Idalia mula memasuki berhampiran Pantai Keaton sebelum jam 8 pagi waktu tempatan.

Ribut dengan kategori 3 itu menyaksikan jalan-jalan ditenggelami air, bekalan elektrik terputus dan jadual penerbangan dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang.

Difahamkan, impak kerosakan yang dibawa Idalia menjangkau kira-kira 200 batu (321 kilometer) di sepanjang pantai barat Florida termasuk di kawasan Teluk Tampa dan Big Bend.

BACA JUGA: Ribut Taufan Freddy Badai Madagascar, Seorang Terkorban

Tambahan lagi, ia juga berpotensi membawa gelombang ribut setinggi 12 kaki hingga 16 kaki.

Pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Tallahassee dalam satu kenyataan berkata beberapa lokasi yang terjejas teruk berkemungkinan tidak boleh didiami dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

Selain itu, paras air di Sungai Steinhatchee di Big Bend Florida juga meningkat dengan mendadak dari 1 kaki ke 8 kaki dalam tempoh satu jam.

Dalam pada itu, beberapa video di plaftorm Twitter (X) memaparkan taufan yang membawa angin kencang itu menyebabkan kerosakan dan paras air meningkat.

Menerusi perkongsian klip menunjukkan beberapa kawasan perumahan dinaiki air sehingga mencecah paras bumbung. Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan laut yang bergelora susulan angin kencang.

Pelbagai harta benda awam seperti pagar dan lain-lain musnah dibawa arus air yang naik.

Berikut beberapa perkongsian klip taufan Idalia di platform Twitter;

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada maklumat mengenai jumlah mangsa yang terkorban atau tercedera dalam ribut yang melanda barat laut Florida itu.

Sumber: NBC News, Barrons, Pusat Taufan Kebangsaan

The post Detik-Detik Taufan Idalia Badai Florida, Banyak Kawasan Mula Ditenggelami Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*