Dr Zulkilfi Pasang Starlink Di Pejabat, Anggap Pilihan Terbaik

dr zulkifli starlink

Dr Zulkilfi Pasang Starlink Di Pejabat, Anggap Pilihan Terbaik

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memutuskan untuk memasang unit peranti satelit Starlink di pejabat bagi memudahkan urusan dalam mengendali projek ilmiah yang akan datang.

Dr Zulkifli berkata pemasangan Starlink adalah pilihan yang terbaik buat masa ini memandangkan capaian internet di pejabat tidak stabil untuk beliau melaksanakan tugas hakiki.

“Memandangkan capaian internet di kawasan pejabat saya agak tidak stabil, kami memutuskan untuk mendapatkan Starlink.

Dengan ratusan soalan agama yang diperoleh setiap hari, kunjungan lebih 3.3 juta di web maktabahalbakri.com dalam tempoh 2 tahun, serta hampir 50,000 pengguna aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store dalam tempoh kurang 2 bulan, saya fikir Starlink adalah pilihan terbaik buat masa ini,” ujarnya dalam satu hantaran pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pelbagai projek ummah bakal menanti masyarakat muslim pada tahun ini.

Pada kesempatan itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan yang tidak henti kepada pihaknya untuk menuju ke arah badan penyelidikan bebas hukum syarak.

BACA: Anak Selesai Hafaz 30 Juzuk al-Quran, Fadhlina Sidek Panjat Rasa Syukur

“Banyak lagi projek ummah menanti untuk 2024.

“Terima kasih kerana terus menyokong kami untuk bergerak menuju ke arah antara badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia,” ujarnya.

Sebelum ini,  Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil secara aktif melakukan pemasangan Starlink untuk meningkatkan keupayaan internet di negara ini.

Pada Julai tahun lalu, Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet di negara ini.

Sumber: @drzul_albakri/Twitter

The post Dr Zulkilfi Pasang Starlink Di Pejabat, Anggap Pilihan Terbaik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*