“Bharat” Ditulis Pada Kad Jemputan G20, Tular Khabar Angin India Akan Tukar Nama Negara

india tukar nama bharat

“Bharat” Ditulis Pada Kad Jemputan G20, Tular Khabar Angin India Akan Tukar Nama Negara

NEW DELHI — Dalam jemputan sidang kemuncak G20 semalam, kecoh mengenai khabar angin Kerajaan India berkemungkinan menukar nama negara itu kepada “Bharat”, lapor AFP.

India menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak G20 hujung minggu ini, para pemimpin dunia juga telah dijemput ke majlis makan malam negara yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi. Bagaimanapun, kad jemputan makan malam yang tertulis “Bharat” lebih menarik perhatian ramai.

Kerajaan negara itu sebelum ini juga telah mengambil langkah dalam usaha untuk menghapuskan simbol pemerintahan British. Ini termasuk dalam aspek landskap bandar, institusi politik dan buku sejarah India.

Menurut Modi, Bharat merujuk kepada perkataan Sanskrit yang berasal dari Hindu kuno yang ditulis dalam kitab suci dan menjadi salah satu daripada dua nama rasmi untuk negara di bawah perlembagaannya.

Ahli-ahli parti pemerintah Hindu-nasionalis, Bharatiya Janata Parti (BJP) sebelum ini telah berkempen dalam menentang penggunaan nama India yang berakar umbi pada zaman kuno barat dan sewaktu penjajahan British.

Difahamkan, kerajaan akan mengadakan sidang khas Parlimen pada bulan ini tetapi tidak membuka mulut dan menjelaskan dengan terperinci mengenai agenda sidang tersebut.

Walau bagaimanapun, portal berita News18 menerusi sumber kerajaan memberitahu bahawa penggubal undang-undang BJP bakal mengemukakan satu resolusi khas. Ia bagi memberi keutamaan kepada penukaran nama kepada Bharat.

Dalam pada itu, khabar angin mengenai rancangan itu telah mencetuskan pelbagai sokongan dan juga tentangan daripada ahli parlimen, pembangkang dan pihak lain.

BACA JUGA: India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

Shashi Tharoor, dari parti Kongres pembangkang dalam satu ciapan di Twitter turut mengulas mengenai perkara itu.

india tukar nama bharat
Gambar: AFP

“Saya harap kerajaan akan mempertimbangkan untuk tidak mengetepikan ‘India’ sepenuhnya. Kita harus terus menggunakan kedua-dua perkataan itu, ia nama yang diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain kriket, Virender Sehwag berkata dia turut bersetuju dengan proses pertukaran nama negara itu. Tambahan lagi, dia menggesa Lembang Kriket India untuk menggunakan nama “Bharat” pada jersi pasukan.

“India adalah nama yang diberikan oleh British dan kami sudah lama tertangguh untuk mengembalikan nama asal Bharat,” katanya.

Sejak berdekad-dekad lalu, kerajaan India komited dalam mengeluarkan unsur British ketika era penjajahan dengan pelbagai alternatif seperti menamakan semula jalan di seluruh bandar.

Langkah itu semakin diperkukuh menerusi kepimpinan Modi yang menekankan keperluan India untuk keluar dari “Minda Penjajah”.

Terdahulu, kerajaan negara itu telah mengubah suai kawasan di sekitar Parlimen di ibu negara itu yang asalnya direka oleh British.

Bulan lalu, kerajaan juga menggariskan rancangan untuk merombak menyeluruh undang-undang jenayah pra-kemerdekaan India. Langkah itu bagi menghapuskan rujukan kepada monarki British.

Menteri Dalam Negeri, Amit Shah menyifatkan undang-undang tersebut sebagai tanda-tanda perhambaan negara itu.

Sumber: AFP

The post “Bharat” Ditulis Pada Kad Jemputan G20, Tular Khabar Angin India Akan Tukar Nama Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*