Juri Masterchef Australia Makan Nasi Lemak Guna Tangan Raih Perhatian, “Lagi Sedap..”

juri masterchef makan pakai tangan

Juri Masterchef Australia Makan Nasi Lemak Guna Tangan Raih Perhatian, “Lagi Sedap..”

Baru-baru ini tular di media sosial, satu klip yang memaparkan juri rancangan realiti Masterchef Australia memakan hidangan kebangsaan Malaysia dengan tangan hingga menarik perhatian rakyat di negara ini.

Menerusi perkongsian video @auntieshopee_ di TikTok, juri tersebut melakukan tindakan di luar kebiasaan dengan menggunakan tangan untuk menyuapkan makanan berbanding penggunaan sudu dan garpu yang merupakan kebiasaan mereka.

Andy Allen bertindak untuk melakukan perkara tersebut selepas salah seorang peserta Masterchef Australia Season 14 kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah memasak sajian tersebut untuk dihidangkan kepada juri.

Ketika dia sedang memasak, juri-juri yang lain datang untuk berbual dengannya semasa Alvin menyediakan nasi lemak.

“Apa yang anda sedang masak?” tanya salah seorang juri.

“Saya sedang buat nasi lemak. Jika saya makan hidangan ini saya seolah-olah berada di tepi jalan lagi dilengkapi dengan kopi Malaysia.

“(Saya telah) siapkan rendang daging dan nasi. Turut disediakan kacang tanah, ikan bilis, timun dan telur baru saja direbus.

“Dan jika saya boleh menyuruh kamu makan dengan tangan kamu, saya akan melakukannya,” kata Alvin.

Kemudian, apabila tiba masa untuk merasai hidangan tersebut, Andy yang mengikut perintah Alvin makan menggunakan tangan tanpa teragak-agak.

Walaupun kelihatan kekok, namun dia masih dapat menyuapkan makanan ke dalam mulut tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Kredit: @auntieshopee_/TikTok

Menurut Andy, penggunaan tangan ketika makan membuatkan ia lebih sedap berbanding menggunakan sudu dan garpu.

“Lebih sedap dengan tangan,” komen Andy.

BACA: Juri MasterChef Australia Jock Zonfrillo Meninggal Dunia

Selain nikmat dimakan dengan tangan, makanan yang disediakan Alvin juga memenuhi cita rasa juri-juri tersebut.

Rata-rata mereka memuji kemahiran Alvin dalam menampilkan rasa klasik dalam hidangan nasi lemak dan rendang tersebut.

Salah seorang juri memuji masakan Alvin dengan mengatakan masakan Malaysia unik susulan mempunyai hidangan sampingan yang pelbagai.

“Itulah yang menjadikan masakan Malaysia menarik disebabkan oleh hidangan sampingannya,” katanya.

Perkara tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai di mana sesetengah mereka tidak menafikan kelazatan hidangan kebangsaan itu.

Masterchef merupakan pertandingan memasak televisyen dan disiarkan selama tiga bulan.

Ia mengumpulkan orang yang mahir dalam bidang tersebut dan turut disertai seramai 24 peserta setiap tahun.

@auntieshopee_

Juri pun reti ikut style kita makan “pakai tangan” lagi sedap 😋 #fyp #masterchef #masterchefaustralia #masterchefau #foryoupage #fypシ #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nasilemak #paratii #viral #foryou #poh #tiktok

♬ original sound – +99 – +99

Sumber: @auntieshopee_/TikTok

The post Juri Masterchef Australia Makan Nasi Lemak Guna Tangan Raih Perhatian, “Lagi Sedap..” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*