Pelajar Kolej Disyaki Buang Sampah Di Sungai Disiasat

buang sampah di sungai

Pelajar Kolej Disyaki Buang Sampah Di Sungai Disiasat

Video tular memaparkan kejadian buang sampah dari kenderaan di Sungai Penaga, Jalan SS13/6 telah membawa kepada penahanan seorang pelajar sebuah kolej bagi tujuan siasatan, lapor Sinar Harian.

Video berdurasi 35 saat yang dikesan melalui media sosial TikTok itu memaparkan aksi seorang lelaki membuang sampah ke dalam sungai.

Lelaki tersebut dilihat menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek adalah merupakan seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun. Dia dilaporkan telah tampil bagi membantu siasatan kejadian terbabit.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Siasatan awal dijalankan berdasarkan temu bual ke atas suspek mendapati barang yang dibuang ke sungai merupakan makanan iaitu manisan ladu dan manisan barfi kegunaan acara sembahyang.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan jika disabitkan dengan kesalahan membuang apa-apa barang keluar dari kenderaan hukuman denda sehingga RM300,” katanya menerusi kenyataan pada hari ini.

Menurut Wan Azlan, orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta untuk tampil bagi membantu menjalankan siasatan lanjut.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Pelajar Kolej Disyaki Buang Sampah Di Sungai Disiasat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*