“Itu Kena Tanya Takiyuddin,” Mohd Amar Kunci Mulut Isu Tukar MB & Timbalan MB Kelantan

Mohd Amar Kunci Mulut

“Itu Kena Tanya Takiyuddin,” Mohd Amar Kunci Mulut Isu Tukar MB & Timbalan MB Kelantan

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan mengulas lanjut berkenaan keputusan Pas dalam perubahan bagi jawatan menteri besar dan timbalannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Memetik Sinar Harian, ketika ditemui di kediamannya pada hari ini, menegaskan bahawa beliau hanya mahu fokus kepada kemenangan dalam PRN kali ini.

“Saya tiada komen. Itu kena tanya Takiyuddin, nak tanya saya, saya nak jawab apa.

“Keutamaan saya ialah fokus untuk kekalkan kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin baru-baru ini telah mengumumkan bahawa akan ada perubahan bagi gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sedia ada di Kelantan jika Pas menang di negeri itu pada PRN.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Dalam pada itu, Kelantan dijangka akan melakukan pertukaran jawatan bagi Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar yang baharu.

Pertukaran itu dikatakan bakal dilakukan berikutan cadangan Pas yang mahu menggabungkan teknokrat dalam dua jawatan utama tersebut.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob memaklumkan bahawa pencalonannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan adalah penggal yang terakhir.

Beliau telah mempertahankan kerusi yang sama selama enam penggal dan PRN pada esok hari adalah merupakan penggal ketujuh baginya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa akan memberi laluan kepada calon muda dan muka baharu selepas PRN kali ini.

PAS Umum Perubahan Gabungan MB & Timbalan MB Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui satu kenyataan sebentar tadi mengumumkan beberapa perkembangan terbaru, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS.

Menerusi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS mencadangkan tawaran kepimpinan kerajaan di tiga buah negeri dikuasainya bersama PN kepada para pengundi.

Menurut Setiausaha Agung PAS, YB Takiyuddin Hassan, PAS mengambil keputusan mengekalkan Menteri Besar Kedah dan Terengganu.

Namun begitu, ia tertakluk kepada mandat rakyat dalam PRN nanti dan ampun perkenan daripada KDYMM Tuanku Sultan kedua-dua negeri.

Sumber: Sinar Harian

The post “Itu Kena Tanya Takiyuddin,” Mohd Amar Kunci Mulut Isu Tukar MB & Timbalan MB Kelantan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*