Dua Maut, Helikopter Hilang Kawalan Sebelum Terhempas Di Kompleks Pangsapuri

helikopter terhempas pangsapuri

Dua Maut, Helikopter Hilang Kawalan Sebelum Terhempas Di Kompleks Pangsapuri

Dua dilapor maut manakala dua lagi cedera selepas helikopter penyelamat bomba, Broward County, Florida dilaporkan terhempas ke dalam sebuah kompleks pangsapuri pada pagi Isnin lalu, lapor CNN.

Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa yang maut sebagai Kapten Penyelamat Bomba Broward Sherif, Terryson Jackson.

Seorang lagi mangsa yang dilapor maut adalah merupakan seorang wanita yang tinggal di kompleks pangsapuri tersebut.

Nahas berlaku berhampiran sebuah lapangan terbang di utara Fort Lauderdale ketika helikopter itu sedang bertindak balas ke lokasi kejadian berhubung satu panggilan kecemasan yang diterima.

“Kira-kira jam 8.46 pagi, kakitangan kecemasan menjawab panggilan amaran pesawat yang terletak di barat daya Pompano Beach Airpark.

“Helikopter yang terlibat dalam nahas itu ialah helikopter BSO Fire Rescue. Pompano Beach Fire Rescue mengangkut dua orang ke hospital kawasan,” kata jabatan Syerif Daerah Broward dalam satu kenyataan berita.

Kredit Joe Cavaretta/South Florida Sun Sentinel

Seramai tiga pegawai Penyelamat Bomba Sherif Broward berada di atas helikopter itu.

“Helikopter itu merempuh struktur tersebut selepas dalam penerbangan sejauh setengah batu dari Pompano Beach Airpark,” beritahu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Kredit X

Helikopter dilihat berasap dan berpusing-pusing di udara sebelum terhempas

Sebelum ia terhempas, helikopter tersebut dilihat telah berasap dan terbakar di bahagian belakangnya. Lalu ia dillihat berpusing-pusing sebelum jatuh terhempas.

Kredit X

Dalam pada itu, dua mangsa yang cedera dikatakan sedang dirawat di hospital dan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Dua mangsa tersebut juga dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Menurut catatan Facebook pejabat sherif, Terry Jackson, 50, dilaporkan telah bekerja sebagai penyelamat kebakaran di Broward County selama 19 tahun.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“Sebagai paramedik penerbangan, kehilangannya memberi impak besar kepada masyarakat, beliau bertanggungjawab memastikan pesakit yang kritikal mendapat rawatan sebaik mungkin.

“Beliau secara konsisten menunjukkan semangat yang tiada tandingan untuk pekerjaan itu. Beliau sentiasa memberikan penjagan pakar, belas kasihan dan jaminan kepada mereka dalam masa paling penting serta memerlukan,” tulis catatan itu.

Sumber: CNN

The post Dua Maut, Helikopter Hilang Kawalan Sebelum Terhempas Di Kompleks Pangsapuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*