Masih Kekal Di Ingatan, Video Prabowo Nyanyi Lagu Sekolah Victoria Institution Tular

prabowo lagu victoria

Masih Kekal Di Ingatan, Video Prabowo Nyanyi Lagu Sekolah Victoria Institution Tular

Mengimbau kembali zaman sekolah, tentunya banyak memori yang masih kekal segar di ingatan, lebih-lebih sekiranya perkara itu memberikan nilai sentimental pada kita.

Kenangan seperti gelak tawa, pahit manis bersama rakan-rakan sekolah, para sekolah, persekitaran kelas dan banyak lagi.

Hari ini, tular satu klip video yang memaparkan Pemangku Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang mengimbau kembali zaman persekolahannya dengan menyanyikan kembali lagu sekolahnya, Victoria Institution (VI).

Dalam video berdurasi 36 saat itu memaparkan sosok pemimpin itu mennyanyikan lagu keramat salah sebuah kolej berprestij di Malaysia.

Beliau mendendangkan nyanyian itu dalam Bahasa Inggeris sambil lengkap mengenakan pakaian formal dan bersongkok.

Untuk makluman, beliau merupakan alumni kolej berprestij di Kuala Lumpur itu dan difahamkan pernah menuntut ilmu di Victoria Institution (VI) dari tahun 1962 hingga 1964.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Bakal Presiden Kelapan Indonesia

Sementara itu, menurut BBC News Indonesia, hasil pengiraan undi pantas (quick count) sehingga hari ini menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran dari gabungan parti politik, Koalisi Indonesia Maju berada di landasan kemenangan.

Undian Prabowo-Gibran difahamkan mendahului dengan peratusan undi melebihi 50 peratus.

Pada malam Rabu, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming telah tampil di hadapan penyokongnya bagi menyambut keputusan undi pantas (quick count) yang menyebelahi pihaknya setakat ini.

“Pengiraan undi tidak rasmi bagi semua badan tinjauan termasuk institusi dalam setiap pasangan calon yang lain menunjukkan pasangan calon Prabowo-Gibran menang dalam satu pusingan,” kata Prabowo.

BACA: Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop

Manakala, dua pasangan pesaingnya, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD sama-sama akan menunggu hasil rasmi yang bakal dikeluarkan Komisi Pemilihan Umum (KPU).

Mereka enggan mengulas berkenaan keputusan kiraan undi pantas dan ucapan kemenangan Prabowo Subianto yang disifatkan tidak rasmi.

Sungguhpun begitu, Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017 berkenaan pilihan raya umum memperuntukkan bahawa Pemilu Presiden (Pilpres) boleh dijalankan dalam satu pusingan sahaja, jika salah satu pasangan calon memperoleh undi melebihi 10 peratus.

Selain itu, pasangan calon berkenaan juga perlu meraih sekurang-kurangnya 20 peratus undi di 20 daripada 38 provinsi di Indonesia.

Sumber: X @The_Endie

The post Masih Kekal Di Ingatan, Video Prabowo Nyanyi Lagu Sekolah Victoria Institution Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*