Eksesais Maritim Perkasa Timur Berjaya Tingkat Kompetensi Dan Keupayaan Maritim Malaysia

KUCHING, 4 Oktober – 14 buah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 setelah mengharungi lima hari pelayaran dengan merentasi jarak 850 batu nautika di Laut China Selatan. 

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, sepanjang pelayaran, pegawai dan anggota telah menjalani beberapa siri latihan seperti navigasi, deck landing training, sistem komunikasi, penggeledahan, mengawal kebanjiran dan melawan api serta tembakan di laut. 

Jelas beliau, kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden mempamerkan sikap profesionalisme, keupayaan dan tahap kompetensi warga Maritim Malaysia dalam memikul tanggungjawab selaku penguatkuasa maritim negara. 

Eksesais Maritim

Datuk Hamid turut berkata, eksesais ini telah mencapai tujuannya apabila keberadaan aset – aset Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan telah dirasai. Ini dibuktikan apabila Bot Nelayan Asing (BNA) yang menceroboh masuk ke kawasan perairan negara secara besar-besaran di kedudukan 15 hingga 20 batu nautika selatan Amboyna Cay, telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran aset agensi ini dalam skala yang besar. 

Malah katanya, pihak agensi turut berjaya melakukan pengusiran terhadap kapal penguat kuasa negara asing yang berada di kawasan perairan negara. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Eksesasi Maritim Perkasa Timur di Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin, di sini hari ini. 

Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus dan

Eksesais Maritim

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Zulinda Ramly yang turut bertindak sebagai pengarah eksesais kali ini. 

Datuk Hamid dalam ucapan beliau turut berkata, eksesais ini mampu memperkasa kebolehupayaan dan kebolehoperasian bersama Maritim Negeri Sabah dan Sarawak pada operasi mendatang di kawasan Laut China Selatan. 

Melalui eksesais ini, pihak Maritim Malaysia telah berjaya mengumpul maklumat dan maklumbalas daripada semua kru terlibat untuk penambahbaikan tatacara pengendalian piawaian operasi pada masa akan datang. 

Eksesais Maritim Perkasa Timur telah menjalani tiga fasa latihan bermula dengan Fasa Pelabuhan melibatkan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top yang telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Oktober lalu di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. 

Setelah melepasi fasa berkenaan, pegawai dan anggota yang terlibat menjalani fasa kedua iaitu Fasa Laut di mana pada peringkat ini aset-aset agensi melakukan pelayaran dari Perairan Kota Kinabalu ke Perairan Kuching bermula 30 Oktober hingga 3 November 2023. 

Fasa terakhir merupakan Fasa Pasca Eksesais. Pada fasa ini sesi post mortem dan rumusan bagi melihat pencapaian dan penambahbaikan untuk eksesais akan datang. Sesi ini berlangsung di Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 3 dan 4 November 2023. 

Eksesais Maritim

The post Eksesais Maritim Perkasa Timur Berjaya Tingkat Kompetensi Dan Keupayaan Maritim Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*