Fenomena El Nino Dilapor Sudah Bermula Di Lautan Pasifik

el nino bermula

El Nino Bermula Pada Hari ini, Rekod Baharu Suhu Global Tertinggi Bakal Tercipta

Fenomena alam, El Nino dilapor telah pun bermula di Lautan Pasifik, sekaligus dikhuatiri suhu planet di beberapa kawasan akan meningkat.

Menurut BBC, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat mengesahkan pemulaan fenomena tersebut. Mereka juga meramalkan bahawa 2024 bakal menjadi tahun terpanas dalam sejarah.

Fenomena yang sama juga dibimbangi akan menolak dunia melepasi takat pemanasan suhu Bumi sebanyak 1.5 darjah celcius.

Sekiranya berlaku, ia akan memberi kesan terhadap cuaca dunia dan beberapa negara berkemungkinan bakal menghadapi cuaca ekstrem.

Antaranya, Australia berpotensi untuk dilanda kemarau, selatan Amerika bakal menyaksikan taburan hujan yang lebih tinggi dan lain-lain.

Fenomena ini dijangka berlanjutan sehingga musim bunga seterusnya, sebelum impaknya menyusut secara perlahan-lahan.

Rekod baharu bagi suhu global tertinggi bakal tercipta berikutan ketibaan El Nino

Selama berbulan-bulan, para pengkaji menjadi lebih yakin dan mempercayai bahawa fenomena El Nino bakal bermula di Lautan Pasifik.

“Satu rekod suhu global tertinggi berkemungkinan akan tercipta. Ini bergantung terhadap bagaimana keadaan fenomena El Nino yang bakal melanda planet ini,” kata Adam Scaife.

Beliau merupakan Ketua Ramalan Jangka Panjang di Jabatan Meteorologi United Kingdom.

”Rekod baharu suhu global juga mempunyai kemungkinan sangat besar untuk berlaku pada tahun hadapan. Cumanya, ia bergantung kepada seberapa ‘besar’ El Nino ini boleh berlaku.

”Satu kejadian El Nino skala besar pada penghujung tahun ini, menjadikan peluang untuk kita melihat rekod baharu suhu global pada 2024 sangat tinggi,” katanya.

El Nino juga dikenali sebagai fenomena cuaca semula jadi tak menentu yang paling berkuasa yang berlaku di mana-mana bahagian Bumi.

Untuk makluman, fenomena El Nino Southern Oscillation, atau ENSO mempunyai tiga fasa berbeza iaitu panas, sejuk atau neutral.

Pada fasa panas, ini akan berlaku setiap dua ke tujuh tahun. Ketika itu, kita dapat melihat air suhu suam berada di permukaan laut di luar pantai Amerika Selatan dan merebak merentasi lautan menolak sejumlah besar haba ke atmosfera.

Rekod tahun terpanas, termasuk 2016, biasanya akan berlaku setahun selepas dunia mengalami peristiwa El Nino pada tahap yang tinggi.

Walau bagaimanapun, agensi cuaca di seluruh dunia masing-masing akan menggunakan kriteria berbeza untuk memutuskan bila fasa panas ini akan tiba.

BACA: Musthafa Kamal Yang Hilang Ketika Umrah Disahkan Meninggal Dunia Di Makkah

Sumber: BBC

The post Fenomena El Nino Dilapor Sudah Bermula Di Lautan Pasifik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*