Elak Cepat Basi, Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi

Cara cuci periuk nasi

Elak Cepat Basi, Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi

Sebut sahaja nasi, seluruh rakyat Malaysia pasti mengetahui makanan ini. Apatah lagi ia menjadi makanan ruji masyarakat.

Seperti yang diketahui, nasi berasal daripada beras yang ditanak (dimasak).

Jika dahulu, nasi ditanak dalam periuk tradisional termasuk pengukus. Namun, kini orang ramai lebih memilih menggunakan periuk nasi moden (rice cooker).

Kegunaan yang jauh lebih senang membuatkan ramai lebih selesa menggunakan barangan elektrik ini.

Walau bagaimanapun, kadangkala ia juga mempunyai masalah seperti nasi yang dimasak mudah menjadi basi. Perkara ini berlaku daripada cara penggunaan periuk nasi atau rice cooker yang kurang cermat.

Sehubungan itu, pihak SK akan berkongsikan tips bagaimana  mengatasi nasi yang dimasak dalam periuk agar lebih tahan lama dan tidak basi dengan cepat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Ida Shahida di bawah.

Cara Mudah Cuci Periuk Nasi Agar Nasi Tidak Basi

Periuk nasi-nasi suka jadi basi? Dah kerap nasi jadi basi?

Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.

Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.

Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.

Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.

Cuci periuk dengan sabun bagi bersih. Pastu masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping. Tambah sedikit ja air supaya air garam dan asam dapat bersatu.

Gambar: Facebook Ida Shahida

Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit. Pastu biarkan selama 15 minit. Ulangi 3-4 kali.

Buat dekat tudung periuk sekali-sama. Pastu cuci dengan sabun.

Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Pastu didihkan selama 15 minit dengan air bersih.

Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali. Masalah akan berulang

Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan ke dalam peti ais bahagian buat ais tu, bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.

Cara Stim: 

Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas. 

Tekan cook. Buka dah panas. Nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan. 

Lagi satu caranya jika anda ada microwafe:

Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. Basahkan 2-3 helai tisu, perah air perlahan-lahan. 

Buka semula tihu tadi dan letak/tudung keseluruhan bahagian atas nasi tadi. Tekanlah cook selama 2-3 minit.

Nasi akan jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak. 

Cara panaskan: 

Tambah air panas/minum sikit tapi sebelum tu masa awal awal nak buka tudung periuk tu. 

Buka perlahan-lahan supaya wap di tudung periuk tu tidak menitis masuk semula ke dalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan/mempercepatkan nasi jadi basi. 

Elakkan wap yang ada di tudung periuk tu jatuh semula ke dalam periuk. 

Sumber: Facebook Ida Shahida

The post Elak Cepat Basi, Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*