Elak Kena Tipu, 5 Bahagian Wajib Kena Periksa Bila Beli Kereta Terpakai

Biasanya, bila menjelang hari raya ini, ramai yang berkira-kira nak tukar kereta, kan? Lebih-lebih lagi kereta untuk dibawa pulang ke kampung. Kereta baru lebih gah, lebih mencuri tumpuan, barulah raya lebih meriah.

Yelah, kereta yang ada pula asyik meragam. Bila nak berjalan jauh jadi seram pula. Bila fikir-fikir balik, bela kereta lama ini memang merugikan dan boleh menambah tekanan dalam diri.

Nak beli kereta baru dari showroom, memang poket tak tebal sangat. Jadi, yang menjadi pilihan tentulah kereta terpakai. Biarlah tak betul-betul kereta baru, tetapi asalkan lebih baik daripada kereta sedia ada. Kalau pandai pilih, kereta terpakai pun macam kereta baru sebenarnya.

Tetapi, itu kalau kita sembang pandai pilih lah, kalau tak, memang naya lah tuan badan nanti. Bila dah buat keputusan nak beli kereta terpakai, banyak benda yang anda kena pertimbangkan tau. Kenapa? Supaya anda tidak tertipu dan kerugian berganda. Nanti duit lebur dan kereta pula tak boleh pakai, kan masalah tu.

Jadi, hari ini Mimin nak kongsi dengan semua pembaca beberapa perkara yang anda kena pertimbangkan dengan cermat sebelum membeli kereta terpakai.

Buat yang tengah mempertimbangkan nak beli kereta terpakai, ini lima bahagian kenderaan anda kena periksa dan tindakan kena buat.

Tengok bahagian bonet depan

Selain kena tengok sendiri kereta yang hendak dibeli, anda juga perlu memeriksa beberapa bahagian antaranya bahagian bonet depan kenderaan.

Jika ada tanda-tanda simen pada bahagian tersebut, ketahuilah kenderaan berkenaan pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini. Selain itu, periksa juga bahagian luar enjin dan penutup bonet, jika ada tanda-tanda minyak maka enjin kereta tersebut mungkin pernah bocor.

Cari kesan karat pada seat belt

Tiada siapa pun yang sanggup nak bela kereta yang pernah ditenggelami banjir, termasuk anda yang nak beli kereta terpakai. Jadi, memang wajarlah anda periksa kereta yang dibeli dengan sebaiknya.

Caranya mudah sahaja, tarik seat belt sehingga habis dan tengok pada bahagian akhir sekali, jika ada kesan selut dan karat, sah kereta itu adalah kereta banjir.

Periksa juga kesan karat dan lumpur pada bahagian besi bawah kerusi, bawah karpet dan pendawaian pada kotak gear. Jangan ambil mudah, kesan karat ini boleh merebak dan menyebabkan badan kereta berlubang.

Periksa antara panel

Bila periksa antara panel kenderaan ini, apa yang perlu anda perhatikan adalah kesan-kesan regangan yang wujud.

Misalnya, periksa antara panel pintu dengan badan kereta ketika pintu ditutup. Sekiranya kereta pernah dilanggar dari tepi, akan wujud kesan regangan dan panel juga tidak sekata.

Tengok mileage

Pastikan kereta yang hendak dibeli disertakan dengan buku rekod penyelenggaraan. Dalam buku ini, tersedia maklumat sama ada kereta tersebut diselenggara dengan baik atau tidak.

Rekod seperti cecair dan bendalir kenderaan yang mana perlu ditukar, wear and tear kenderaan juga boleh diketahui.

Selain itu, rekod perbatuan juga akan dicatatkan dalam buku penyelenggaraan. Jadi, anda boleh bandingkan dengan nilai yang tertera pada odometer. Jika tidak sama, ada kemungkinan rekod perbatuan sudah diubah.

Jadi, berhati-hatilah membuat pemilihan.

Uji pandu kenderaan terlebih dahulu

Ini paling mustahak. Sebelum nekad beli sesebuah kereta terpakai, pandu ujilah terlebih dahulu. Banyak perkara mengenai kenderaan boleh kita ketahui dengan memandu uji kenderaan tersebut.

Misalnya, dengan menekan pedal minyak anda boleh periksa sama ada papan pemuka bergegar atau tidak. Jika macam nak runtuh bila minyak ditekan, batalkan sajalah niat nak beli kereta tersebut.

Satu lagi, semasa menukar gear (manual) atau ketika gear bertukar dari satu gear yang lain (automatik), jika perasan ada sesuatu yang tidak kena, mungkin kotak gear bermasalah.

Kalau kereta terlebih mengaum atau gear sukar nak ‘masuk’, itu petanda tidak baik untuk anda.

Kalau tak pakar, gunalah myTukar

Tetapi, bukan semua orang tahu macam mana nak buat pemeriksaan kereta kan. Takkan lah nak belek tips di Google satu-satu semasa membuat pembelian, mesti leceh.

Mujurlah, kita hari ini dah ada myTukar iaitu sebuah platform atas talian dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual beli kenderaan terpakai.

Memang memudahkan betul bila anda guna myTukar, sebabnya semua perkara di atas akan diurus oleh pakar. Jadi, tak ada kerisauan lagi nak beli kereta terpakai.

Malah, myTukar juga memberikan banyak jaminan kepada semua pelanggan tertera dalam grafik di bawah.

Meriah raya, beli kereta dapat macam-macam hadiah

Lagi best, sempena musim Aidilfitri ini, myTukar turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk semua pelanggan yang menjual atau membeli kenderaan menerusi platform mereka.

Untuk raya ini, hadiah keseluruhan bernilai hampir RM100,000 tersedia untuk anda menangi. Selain itu, myTukar juga menawarkan diskaun sehingga RM27,000 untuk kereta terpakai myTukar Certified terpilih yang dibeli.

Tak cukup dengan itu, ada lagi hadiah yang akan diberi iaitu percutian 6H4M (pakej 2 orang) ke Korea Selatan untuk lima pemenang bertuah bernilai RM11,600 setiap pakej.

Anda juga berpeluang membawa pulang salah satu daripada 11 buah TV Android Phillips bersaiz 43’’ bernilai RM 1,799 setiap satu.

Ada lagi hadiah lain yang turut menanti anda iaitu 300 keping kad petrol yang bernilai RM100 setiap satu. Tapi yang ini, siapa cepat dia dapat lah.

Diskaun tempoh promosi juga turut tersedia

Manakala jika anda membuat pembelian dalam tempoh promosi iaitu 1 Mac hingga 30 April ini, myTukar turut menawarkan beberapa diskaun menarik.

Antaranya adalah diskaun 30 peratus untuk spray paint seluruh kereta dengan coating headlamp serta cat semula rim bernilai RM800.

Anda juga ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus jika membuat belian kereta dengan pakej balancing dan alignment dengan myTukar.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Raya pun dah nak dekat, dah tak ada masa dah nak fikir nak tukar kereta apa. Serah je kepada myTukar.

Layari laman web myTukar sekarang untuk dapatkan kereta anda.

The post Elak Kena Tipu, 5 Bahagian Wajib Kena Periksa Bila Beli Kereta Terpakai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*