‘Kejutan’ Berbuka, Roti Gulung Sosej Didakwa Penuh Ulat

roti gulung sosej ulat berbuka

‘Kejutan’ Berbuka, Roti Gulung Sosej Didakwa Penuh Ulat

Satu keluarga terkesima apabila roti gulung sosej yang dibeli mengandungi kejutan didakwa berupa ulat ketika ingin berbuka puasa, semalam.

Sebelum ini, warga maya kecoh berkenaan penularan kes inti karipap berkulat di Kuantan. Tidak lama kemudian, ada lagi satu kes makanan dipercayai basi dijual di sebuah bazar Ramadan berdekatan Temerloh, Pahang.

Kali ini, seorang suri rumah telah berkongsi pengalamannya terbeli roti gulung sosej yang mengandungi kulat pada Jumaat, semalam.

Nor Suhaili Ismail (38) telah berkongsi kisahnya menerusi sebuah hantaran di di laman sosial Facebook. Kisahnya itu telah menarik perhatian orang ramai yang bimbang terbeli juadah yang sama.

Wanita itu memaklumkan bahawa dia telah membeli lima ketul roti gulung sosej itu pada harga RM 3, lapor Sinar Harian.

“Ketika berbuka puasa, suami dan anak sudah makan dua ketul seorang, tinggal seketul lagi tak sempat jamah sebab seorang lagi anak hanya mahu makan sosej.

“Alangkah terkejutnya kami sebab ternampak ulat bergerak dalam jumlah yang banyak pada sosej dan roti tersebut,” katanya.

 

Anehnya, Nor Suhaili mengatakan bahawa dia kerap mengunjungi gerai terbabit. Namun begitu, ini merupakan pengalaman kali pertama membeli hidangan tersebut.

Difahamkan, roti sosej gulung terbabit telah dibungkus dengan menggunakan plastik makanan dan dikepilkan dengan dawai kokot agar tidak terdedah.

“Mungkin vendor yang letak makanan itu sebab selama ini tiada masalah dan keadaan gerai pun bersih.

“Kesal memang kesal kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pengguna, saya harap mereka yang menjual makanan ini lebih bertanggungjawab serta peka dengan cara penyediaan makanan,” tambahnya lagi.

Karipap rasa ‘pahit’ rupanya intinya berkulat

Terdahulu, wanita berkongsi mimpi ngeri apabila terbeli karipap berkulat di sebuah bazar berdekatan Kuantan, Pahang. Emma Razali (28) berkata bahawa dirinya membeli dua bekas karipap dengan harga RM3.50 setiap bekas, lapor Sinar Harian lagi.

Perkara tersebut hanya disedari oleh Emma dan keluarganya ketika mereka ingin berbuka puasa.

“Mak dan kakak makan karipap tersebut dan beritahu rasa pahit, bila dibuka tengok inti dah berkulat.

“Memang terkejut dibuatnya bila semua intinya berkulat. Kulit pun berminyak macam dah banyak kali goreng dengan pakej bau sampah.

“Ini kali pertama saya terkena kejadian macam ini dan juga pertama kali di gerai terbabit,” kata wanita tersebut.

Tambah Emma lagi, kakaknya urut disyaki mengalami masalah cirit birit semalam, selepas menjamah karipap tersebut.

BACA: Jangan Buat Andaian ‘Raya Mengejut’ Tahun Ini, Hormat Ketetapan Majlis Raja-Raja

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Kejutan’ Berbuka, Roti Gulung Sosej Didakwa Penuh Ulat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*