Vans & Pa’din Musa “Collab” Lagi, Lancar Sneakers Terbaru

vans pa'din musa

Vans & Pa’din Musa “Collab” Lagi, Lancar Sneakers Terbaru

Pengeluar kasut terkemuka dunia, Vans telah berkolaborasi bersama lagenda skateboarding Malaysia, Pa’din Musa bagi melancarkan satu koleksi kasut edisi terhad.

Berita ini telah dimaklumkan menerusi Instagram milik pemain papan luncur itu (@padinmusa) pada Selasa.

Pada ruangan kapsyen, beliau telah mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas peluang diberikan kepadanya untuk berkolaborasi bersama salah satu jenama kasut terkemuka di dunia.

“Syukur pada Allah SWT. Terima kasih @vansmyofficial di atas peluang ini sekali lagi,” kata Pa’din menerusi ruangan kapsyen.

Pa’din Musa atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzil Musa (48) turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan karibnya atas sokongan yang diberikan selama ini.

“Terima kasih pada keluarga dan sahabat-sahabat yang sokong aku dari awal sampailah hari ini. Terima kasih skateboarding. Selamanya,”

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk mendapatkan kasut kolaborasi Vans X Pa’din Musa di stor Vans yang terletak di seluruh Malaysia.

Difahamkan, kasut keluaran edisi terhad itu bakal dijual di pasaran bermula 24 Februari ini di seluruh Malaysia, kecuali Sabah Sarawak. Tarikh jualan rasmi bagi Sabah dan Sarawak pula akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain stor rasmi Vans, kasut keluaran edisi terhad ini juga akan dijual di premis milik Pa’din Musa, Abah & Sons yang terletak di Kepala Batas, Butterworth.

Jualan di premis itu akan dimulakan dalam lingkungan jam 10.00 pagi pada hari Sabtu (24 Februari 2024).

Pa’din turut memaklumkan bahawa kasut kolaborasinya bersama Vans itu akan dijual dengan harga dalam lingkungan RM339 hingga RM419.

“Harga bermula dari RM419-Sk8 Hi, RM399-Old Skool dan RM339-Slip On,” kata Pa’din.

Koleksi kasut keluaran edisi terhad itu dinamakan sebagai ‘The Endless Ride

Berdasarkan perkongsian Vans Malaysia di Instagram, koleksi kolaborasinya bersama ‘skateboarder’ lagenda itu dinamakan sebagai ‘The Endless Ride’.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Vans Malaysia berkolaborasi dengan Pa’din Musa dalam menghasilkan kasut keluaran edisi terhad.

Beliau telah mencipta sejarah dalam sukan ‘skateboarding’ negara ini apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans pada 2017.

Menurut Astro Awani, anak kelahiran Pulau Pinang ini adalah atlet papan selaju yang paling berjaya di Malaysia. Beliau telah melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.

BACA: Jangan Main “Modified”, Ini Spesifikasi Nombor Plat Yang Dibenarkan JPJ

Sumber: Astro Awani, padinmusa via Instagram, vansmyofficial via Instagram

The post Vans & Pa’din Musa “Collab” Lagi, Lancar Sneakers Terbaru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*