Suhaimi Saad Sempat Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan di ICU

Suhaimi Saad mohon maaf

Suhaimi Saad Sempat Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan di ICU

Suhaimi Saad, seorang bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team dilaporkan sempat memuat naik hantaran memohon maaf sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), lapor Sinar Harian.

Perkongsian permohonan maaf itu dibuat Suhaimi Saad pada 5 November lalu menerusi perkongsian muat naik di akaun TikTok miliknya.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis perkongsian tersebut.

Sehingga semalam, suami kepada Ina Naim itu dilaporkan telah ditidurkan dan hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan di ICU.

Suhaimi dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Difahamkan, Suhaimi telah mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya juga turun dengan mendadak.

Susulan keadaannya semakin membimbangkan, bapa mertua beliau telah bertindak membawanya ke Johor untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin telah membuat hantaran di Facebook yang meminta mendoakan kesembuhan Suhaimi.

Menurut hantaran muat naik wanita itu, Suhaimi dikatakan merupakan sepupu wanita terbabit.

“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.

“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsinya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada komen atau perkhabaran yang diterima daripada Ina Naim berkenaan keadaan Suhaimi Saad.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Untuk makluman, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim yang juga penyanyi pada 12 Ogos 2007 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Sinar Harian

The post Suhaimi Saad Sempat Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan di ICU appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*