Jemaah Terhibur, Mufti Menk Sempat Bergurau Pasal MU Kalah 7-0 Ketika Kuliah

mufti menk MU

Jemaah Terhibur, Mufti Menk Sempat Bergurau Pasal MU Kalah 7-0 Ketika Kuliah

Baru-baru ini, pasukan gergasi Manchester United (MU) menerima tamparan besar apabila kalah ke atas musuhnya, Liverpool, 0-7 dalam perlawanan ke-25  Liga Perdana Inggeris (EPL) Isnin lalu.

Susulan itu, ramai yang membuat ‘troll‘ berkenaan dengan kekalahan United kerana pasukan itu dibenamkan sehingga tujuh gol tanpa balas di stadium tuan rumah di Anfield.

Lantaran kekalahan terbabit, peminat-peminat MU dilihat turut berduka meratapi mimpi ngeri pasukan kesayangan mereka sambil orang ramai membuat serangan provokasi di media sosial.

Di kala demam ketewasan MU masih belum reda, tular di media sosial satu klip rakaman pendakwah terkenal dari Zimbabwe Mufti Menk yang sempat menyelit gurauan mengenai MU di dalam kuliahnya.

Dalam perkongsian itu, Mufti Menk memberi tazkirah berkenaan dengan bulan Ramadan kerana lagi dua minggu umat Islam bakal menyambut bulan mulia itu.

Difahamkan kuliah itu diadakan di Masjid East London yang terletak di London pada Selasa.

Dalam perkongsian itu, Mufti Menk menggariskan beberapa panduan yang perlu dibuat oleh umat Islam untuk menyambut Ramadan.

Beliau kemudiannya menerangkan berhubung keindahan yang akan diterima individu sekiranya bertaubat dan memohon keampunan sebelum bulan mulia itu tiba.

BACA: Tak Sangka Doa Makbul, Alif Satar Teruja Jumpa Mufti Menk Di Tanah Suci

Mufti Menk mengambil contoh yang terdekat iaitu pasukan MU hingga mencetuskan gelak tawa dalam kalangan jemaah.

“Saya mahu memberi contoh seperti bola sepak, kerana semalam (pada Isnin) (pasukan MU kalah) 7-0.

“Izinkan saya beri contoh, persediaan yang (pasukan) MU dibuat sangat banyak, ia sengit dan mereka membuat persiapan berjam-jam untuk satu perlawanan.

“Dan kadang-kadang mereka akan silih berganti dengan pemain yang lain dan melakukan sedikit kesalahan namun akan berlatih semula,” katanya.

Bukan perlawanan yang dilihat tetapi adalah ‘persiapan’

Mufti Menk berkata seperti MU yang telah membuat banyak persiapan untuk menyempurnakan perlawanan.

“Anda tahu mereka melakukan banyak persiapan, namun (di sini bukan bercakap soal) perlawanan tetapi soal persiapan.

“(Sebagai contoh) saya tahu akan menang dan mendapat banyak pingat tetapi sebelum itu, berapa banyak latihan yang telah dilakukan untuk menyempurnakan penghujungnya.

“Maka mohonlah ampunan sebelum kamu memasuki Ramadan.

“Dan apabila kamu memasuki Ramadan dengan meminta kemaafan, kamu akan mendapat penyucian yang besar,” ujarnya.

Sumber: Mufti Menk via Youtube

The post Jemaah Terhibur, Mufti Menk Sempat Bergurau Pasal MU Kalah 7-0 Ketika Kuliah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*