Syahdu Irama Caklempong, Pelajar MRSM Kreatif “Cover” Lagu Masdo

mrsm masdo caklempong

Syahdu Irama Caklempong, Pelajar MRSM Kreatif “Cover” Lagu Masdo

Pernah tak dengar sebuah lagu yang mempunyai genre pop dimainkan menggunakan alat muzik tradisional seperti seruling, gambus, rebana dan lain-lain?

Irama yang dikeluarkan menggunakan alatan itu menghasilkan harmoni yang tenang susulan pukulan yang dilantunkan menciptakan bunyi yang mengambarkan keindahan alam.

Pelajar MRSM dari kumpulan Lentera Kesuma

Baru-baru ini, pengguna @lentera.kesuma di TikTok memuat naik satu rakaman memaparkan sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang di Negeri Sembilan memainkan lagu pop 60-an  menggunakan alatan tradisional.

Pasukan yang dikenali Lentera Kesuma itu merupakan sebuah kumpulan yang bergiat aktif dalam menghasilkan karya seni tradisional melalui gubahan lagu daripada pelbagai genre.

Berdasarkan video tersebut, sekumpulan pelajar memainkan lagu bertajuk Teruna dan Dara daripada kumpulan muzik terkenal, Kugiran Masdo yang sering menghasilkan lagu pop 60-an, diubah mengikut cita rasa kini.

Tambah tarian ringkas

Mereka menggunakan alatan tradisional seperti caklempong, gong, gendang, conga dan lain-lain ketika memainkan lagu tersebut.

Kredit: @lentera.kesuma/TikTok

Diiringi dengan senyuman, mereka turut menambah tarian ringkas supaya terlihat menarik selain menimbulkan rasa gembira mengalunkan muzik tersebut.

Walaupun lagu Kugiran Masdo itu dimainkan menggunakan alatan tradisional namun ia menghasilkan satu nafas baru dalam memaparkan kehebatan alatan tersebut membawa lagu genre pop.

Kredit: @lentera.kesuma/TikTok

Pelajar-pelajar tersebut dilihat mengenakan pakaian tradisional di mana perempuan memakai baju kedah manakala lelaki pula menyarung pakaian batik.

Dalam pada itu, pelajar lelaki juga memakai kaca mata hitam supaya perasaan yang dibawa semasa dialunkan dapat menyamai masa lalu memandangkan ia adalah lagu retro.

Kredit: @lentera.kesuma/TikTok

Biarpun terpaksa berdiri untuk waktu yang lama semasa memainkan lagu tersebut, namun ia tidak menghalang mereka untuk menghasilkan alunan muzik yang dapat menenangkan jiwa.

Mereka kelihatan tenang dan menikmati suasana tersebut apabila memainkan alatan tradisional Melayu itu dan tindakan yang bersahaja itu membuatkan mereka tampak professional sambil memukul alatan tersebut.

BACA: Pasangan Ini Tak Sangka Pernah Bergambar Di Tempat Sama Ketika ‘Single’ 11 Tahun Dulu

Pernah viral

Pada 2019, kumpulan tersebut pernah menjadi viral kerana membuat cover lagu daripada kumpulan terkenal Korea Selatan Blackpink iaitu Ddu-Du Ddu-Du.

Video yang dirakam di sebuah bilik di sekolah itu tular secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai terhadap muzik  tradisional Melayu 

Lentera Kesuma juga pernah memenangi dua pertandingan di peringkat kebangsaan pada tahun 2017 dan 2018.

Untuk pengetahuan, Lentera Kesuma membawa maksud cahaya harapan nusa dan harapan dan ia ditubuhkan pada tahun 2007.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@lentera.kesuma

🎼_MASDO x CAKLEMPONG – II series_🎶 *”Would you like to hear 60s indie-style songs with a modern twist?”* We present a cover of *TERUNA & DARA* that will leave you speechless. Listen to the exquisite harmony of our instruments, which exhibit current nuances while retaining the traditional beauty of our musical instruments. Listen to our cover of *TERUNA & DARA* right away for a wonderful musical experience!! https://youtu.be/XVqIg3kypWQ ^^ do like and subscribe our videos 💃🏻🕺🏻 ++ additional promo ; check out the ‘I series’ here if you haven’t ↓↓ https://youtu.be/leEqs2F2CCw 💐🌸 #mrsm #fyp #masdo #terunadaramasdo

♬ original sound – lentera.kesuma – lentera.kesuma

Sumber: @lentera.kesuma/TikTok, @lentera.kesuma/Instagram

BACA: Tular Video Penunggang Sempat Brek Dari Rempuh Kereta, Ini Fakta Kelebihan Sistem ABS 

The post Syahdu Irama Caklempong, Pelajar MRSM Kreatif “Cover” Lagu Masdo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*