fbpx

Farid Kamil Dedah, “Scene” Angkat Tangan Ambil Masa Sebulan Untuk Dipelajari

Farid Kamil angkat tangan

Farid Kamil Dedah, “Scene” Angkat Tangan Ambil Masa Sebulan Untuk Dipelajari

Pelakon utama yang membintangi filem Anwar, The Untold Story, Farid Kamil mendedahkan bahawa selama sebulan masa yang diambil untuknya mempelajari cara mengangkat tangan seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri ketika ditahan pada 1998, lapor Awani.

Sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk penggambaran, Farid Kamil, 42 tahun, yang memegang watak Anwar dalam filem itu mengatakan persiapan tersebut dilakukan sebaik mungkin.

Bagi memahami situasi sebenar yang berlaku, pengarah filem tersebut menjelaskan bahawa dia berpeluang untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak tiga kali sebelum Parlimen dibubarkan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Farid Kamil angkat tangan

“Sebelum berangkat ke Jakarta, saya hanya berlatih bagaimana kedudukan tangan Anwar dan lebih kurang satu bulan berlatih untuk mengangkat tangan seperti yang kita tengok di dalam poster tersebut.
Farid Kamil angkat tangan
Gambar: Instagram Farid Kamil
“Setiap pergerakan yang dilakukan ketika itu adalah persoalan yang bermain di fikiran setiap rakyat Malaysia pada tahun 1998?
“Kenapa mata bekas Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) lebam? Apakah di sebalik kejadian dan benarkah berlaku kejadian seumpamanya?” katanya ketika majlis pelancaran filem tersebut di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Berbeza dengan filem-filem yang dilakonkan sebelum ini

Farid Kamil berkata, dia meneliti laporan perubatan Perdana Menteri yang didakwa ditumbuk ketika berada di dalam tahanan, bagi memastikan karakter Anwar dihayati dengan sebaik mungkin.
Filem Anwar, The Untold Story ini disifatkan sangat berbeza dengan 66 filem yang pernah dilakonkannya sebelum ini, tambah Farid.
Pelakon filem Anak Halal itu berkata, pengalaman yang menimpanya lima tahun lalu memudahkan beliau menjayakan watak Perdana Menteri Ke-10 itu.
“Ia seperti pembunuhan karakter yang mana digunakan hanya untuk tujuan politik bagi membunuh keperibadian seseorang dan ia turut terjadi kepada saya lima tahun lepas.
“Apabila saya membaca skrip, sudah tentu ia sangat dekat dengan apa yang berlaku, di samping saya adalah calon yang pernah menolak rasuah satu ketika dulu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar, penerbit eksekutif filem itu menyatakan bahawa usaha untuk menghasilkan karya berkenaan bermula sejak 2011.
Namun, penerbitan filem berkenaan tidak dapat dijalankan disebabkan terdapat banyak kekangan.
“Saya berharap filem ini mendapat sambutan yang sangat baik kerana apa yang kita terap dalam filem ini ialah pendidikan dan rasuah.
“Rasuah ini masalah yang dihadapi negara sampai sekarang. Dalam filem ini ada adegan pemberian rasuah ditolak kerana walaupun diberi sebagai hadiah, ia tetap dianggap rasuah. Jadi pendidikan adalah yang sangat penting,” katanya.

Mula ditayangkan di pawagam pada Mei depan

Filem Anwar, The Untold Story mengisahkan tentang perjalanan politik Anwar dalam memerangi rasuah dalam negara difahamkan akan mula ditayangkan di pawagam pada Mei depan.
Set masa filem itu berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh Anwar sewaktu dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam menangani isu rasuah di negara bermula 1993 sehingga 1998 sehingga dipecat dan dipenjarakan.
Memetik Awani, jalan cerita filem yang diolah dari kisah benar ini adalah mengenai ketegasan Anwar yang konsisten menolak berbagai jenis rasuah daripada pihak tertentu.
Selain itu juga, filem ini turut memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat yang mengalami kerugian berbilion ringgit.
Antara barisan pelakon hebat yang terlibat dalam filem terbitan produksi Bianglala Entertainment itu ialah Acha Septriasa dan Hasnul Rahmat.
Filem Anwar, The Untold Story juga bakal ditayangkan serentak di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura.
Sumber: Astro Awani

The post Farid Kamil Dedah, “Scene” Angkat Tangan Ambil Masa Sebulan Untuk Dipelajari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*