Lelaki Dedah Terdengar Suara Misteri Dalam Sebuah Rumah Didakwa Berpuaka

terdengar suara misteri

Lelaki Dedah Terdengar Suara Misteri Dalam Sebuah Rumah Didakwa Berpuaka

Seorang penjelajah bandar telah mendedahkan beberapa gambar misteri rumah seorang profesor yang telah meninggal dunia yang dikatakan berhantu, lapor Mirror UK.

Salah satu gambar menunjukkan rambut palsu di salah satu bilik, manakala satu lagi gambar menunjukkan sebuah kereta terbiar di garaj.

Terdapat juga sebuah kereta lama model Beatle yang berkarat dengan hanya dipandu kira-kira 6,000 batu dari rumah tersebut.

Penjelajah bandar, Daniel Sims, 43, telah melakukan tinjauan di rumah terbiar di Wales Utara bersama Mr Micky, Urbexing With Shaun dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Razertwisted.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Terdengar suara misteri

Sims yang turut dikenali sebagai Beardedreality di YouTube dan media sosial mendakwa bahawa mereka terdengar suara pelik di rumah berkenaan.

Menurut laporan Mirror UK, mereka juga mengatakan dapat merasakan suasana pelik yang tidak dapat dijelaskan di hartanah itu.

Beberapa keping gambar menunjukkan gambar profesor tersebut dan surat dari rakan-rakannya yang mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinannya.

Gambar: mediadrumimages/BeardedReality

Manakala satu lagi adalah surat peguam mengenai wasiat dari bapanya.

Menurut Daniel, rumah itu dimiliki oleh seorang wanita bernama Angela yang meninggal dunia pada 2019 di rumah jagaan ketika itu.

Wanita tersebut dikatakan tidak mempunyai anak atau adik-beradik, jadi kesemua barang-barangnya yang diwarisi dari bapanya itu ditinggalkan di rumah tersebut.

Daniel menyifatkan suasana di tempat terbabit ‘agak santai’ kerana rumah tersebut terletak di kawasan luar bandar Wales.

“Rumah profesor itu pernah menjadi milik seorang wanita bernama Angela. Dia meninggal dunia pada 2019 tetapi tinggal di rumah jagaan pada ketika itu,” kata Daniel.

“Tanpa anak mahupun adik-beradik, semua harta ini telah ditinggalkan, dia mewarisi rumah daripada bapanya dan dia merupakan seorang profesor,” katanya.

Gambar: mediadrumimages/BeardedReality

Dalam pada itu, Daniel mengatakan bahagian di luar rumah menunjukkan tanda-tanda terlalu besar dan terdapat kepingan logam pada beberapa tingkap dan pintu.

Namun, salah satu daripada kepingan itu mempunyai lubang besar dan tingkap sisi terbuka yang membolehkan mereka merangkak masuk.

“Suasananya agak santai kerana di luar bandar, kami mempunyai kebebasan untuk meneroka tempat itu, mengambil gambar dan menikmati pemandangan,” jelasnya.

“Namun semasa kami membuat tinjauan, kami terdengar suara di luar seperti ‘oh tidak, siapa itu’ tetapi ternyata beberapa penjelajah lain yang kami temui sebelum ini,” katanya lagi.

Daniel turut mengatakan kawasan di luar rumah itu penuh dengan semak dan menunjukkan tanda-tanda reput.

Manakala bahagian dalam baru sahaja ditinggalkan tetapi menunjukkan tanda-tanda menggeledah barang berharga.

“Kami meninjau tempat itu lebih sejam, mengambil gambar dan membincangkan mengapa tempat itu boleh dibiarkan seperti ini,” kata Daniel.

Memetik Mirror UK, mereka percaya bahawa rumah tersebut telah ditinggalkan sejak 2015 hingga 2016.

Namun begitu, rumah itu kelihatan seperti dibiarkan selama 20 hingga 30 tahun.

Gambar: mediadrumimages/BeardedReality

“Saya dan Micky berada di dalam bilik yang penuh dengan buku, tiba-tiba ada angin meniup kami,” kata Daniel

“Kemudian sekeping siling gantung mula berputar secara rawak jadi kami cuba menerangkan apa yang boleh berlaku dan ia membuatkan kami sedikit gelisah,” jelas Daniel.

Sumber: Mirror UK

The post Lelaki Dedah Terdengar Suara Misteri Dalam Sebuah Rumah Didakwa Berpuaka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*