Fasih Bahasa Melayu & Guna Wang Sendiri Antara Kriteria Calon Gerakan

calon gerakan fasih melayu

Fasih Bahasa Melayu & Guna Wang Sendiri Antara Kriteria Calon Gerakan

Fasih berbahasa Melayu dan sedia menggunakan wang sendiri ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, antara kriteria serta syarat yang diperlukan dalam memilih calon untuk parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), lapor Sinar Harian.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata kriteria dan beberapa syarat tambahan itu ditetapkan berikutan dengan faktor kewangan parti yang terhad.

“Kita berharap calon yang hendak bertanding itu (dapat) menanggung sendiri kos-kos dirinya sebagai calon untuk bertanding dalam PRN.

“(Bagaimanapun) Sebagai parti, sebagai pemimpin, sebagai presiden, kita akan membantu mendapatkan dana-dana daripada luar untuk membantu calon,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Gerakan Kedah 2023 di Taman Anggerik, di Alor Setar, pada petang Ahad.

Tambah Dr Dominic, pihaknya akan sentiasa mencari pelbagai inisiatif untuk mendapatkan dana yang boleh membantu calon parti ketika berkempen nanti.

“Semalam (Sabtu), kita ada Konvensyen PN Pulau Pinang dan memang (kita) minta ahli-ahli (komponen) PN memberikan bantuan dari segi kewangan kepada kita.

“Dan juga ini termasuk (langkah) kita meminta (sumbangan) dana daripada orang awam semasa kita mengadakan ceramah dan seterusnya,” katanya.

Beliau turut berharap usaha yang diambil akan membantu meringankan urusan calon yang bertanding pada PRN akan datang.

BACA: Rakyat Di Selangor Minat Coldplay Kerana Muzik, Bukan Gerakan Pelangi – Amirudin Shari

Calon perlu fasih bahasa Melayu

Dalam pada itu, Dr Dominic turut memaklumkan kepimpinan Gerakan amat menitikberatkan calon fasih berbahasa Melayu.

“Memang adalah syarat yang sangat penting kerana kita tidak mahu selepas mereka dilantik (atau) dipilih sebagai Yang Berhormat (YB), tetapi (mereka) tidak boleh membela hak-hak (rakyat) di Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Rakyat (atau) di Dewan Negara, kita tidak mahu.

“Kita memang sudah tahu bahawa syarat bahasa itu adalah sangat penting sebagai YB atau sebagai wakil rakyat,” katanya.

Jelasnya, kriteria lain juga termaksuklah calon boleh menang (winnable).

Menurut Dr Dominic, cadangan nama calon yang sesuai mewakili Gerakan dan PN akan disenaraikan oleh kepimpinan negeri sebelum penilaian dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

The post Fasih Bahasa Melayu & Guna Wang Sendiri Antara Kriteria Calon Gerakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*