Polis Temui Mayat Doktor Wanita Hamil 4 Bulan Di Rumah

mayat doktor hamil 4 bulan

Polis Temui Mayat Doktor Wanita Hamil 4 Bulan Di Rumah

Seorang doktor wanita yang sedang hamil empat bulan ditemui mati tanpa sebarang kecederaan pada badan di rumahnya di Shah Alam pada 5 Jun lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan perkara itu sekitar 8.55 malam.

“Siasatan dijalankan mendapati satu panggilan dibuat suami mangsa berkaitan kejadian.

“Mangsa dibawa ke Zon Merah Hospital Shah Alam oleh suaminya sendiri menaiki kereta dan usaha menyelamatkan mangsa telah dilakukan oleh petugas hospital namun gagal,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan kerajaan dan berusia 32 tahun.

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan fizikal di badan.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergelutan dan pemeriksaan awal tubuh badan mangsa tiada kecederaan fizikal lain.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan sesak nafas,” katanya.

Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam Sarjan Mejar Muhammad Shafawi Yaacob di talian 03-55202222,” katanya.

BACA: Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Perkampungan Atas Air Di Kota Kinabalu

Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan 10 kesan tikaman

Beberapa hari lalu, seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan berlumuran darah dengan 10 kesan tikaman di seluruh badan disyaki dibunuh di Taman Central Island ASPEN.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat itu pada 9.20 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah dan pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri itu telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan terdapat 10 kesan tikaman di seluruh badan lelaki itu, ketika ditemukan dia memakai pakaian lengkap iaitu t-shirt berwarna merah serta berseluar jeans,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Temui Mayat Doktor Wanita Hamil 4 Bulan Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*