‘Koyak’ Kalah Sabung Ayam, Lelaki Nekad Tembak Pemenang Berulang Kali Hingga Mati

Kalah sabung ayam

‘Koyak’ Kalah Sabung Ayam, Lelaki Nekad Tembak Pemenang Berulang Kali Hingga Mati

Seorang lelaki bersenjata di Thailand dilaporkan telah menembak seorang lelaki selepas ayam jantannya dikatakan kalah dalam pertandingan sabung ayam, lapor The Thaiger.

Susulan kejadian itu, pegawai dari Balai Polis Don Thum di Wilayah Nakhon Pathom sedang giat memburu suspek lelaki tersebut.

Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian tembakan yang berlaku di arena kokpit terkenal di kalangan penduduk tempatan di daerah itu pada 9 Oktober lalu.

Mangsa berusia 33 tahun dilaporkan telah ditembak oleh suspek lelaki berusia 29 tahun.

Selepas melakukan serangan tembakan tersebut, suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan SUV Toyota Fortuner berwarna hitam miliknya.

Saksi memberitahu polis bahawa ayam jantan suspek telah tewas kepada ayam jantan mangsa.

Kekalahan itu menyebabkan suspek kerugian sebanyak 100,000 baht (RM12,900) kepada mangsa.

Akibat tidak dapat menerima kekalahan itu, suspek telah bertengkar dengan mangsa lalu menyebabkan kekacauan di kokpit.

Secara tiba-tiba suspek kemudiannya mengacukan senjata apinya lalu melepaskan tembakan ke udara dan ke arah mangsa.

Suspek segera meninggalkan tempat kejadian dan saksi di lokasi kejadian segera membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak dapat diselamatkan dan meninggal secara tragis akibat tembakan tersebut.

Pegawai daerah Don Thum, Kasawat Chunprasert berkata bahawa kokpit itu dimiliki oleh seorang lelaki berusia 60 tahun.

Kokpit itu dipercayai telah menjadi tempat beroperasi berlesen dalam menjalankan aktiviti sabung ayam dan perjudian.

Ekoran kejadian tembakan itu, pembatalan semua permit dan penutupan sementara telah diarahkan oleh polis bagi menjalankan siasatan menyeluruh.

Menurut polis, suspek memiliki senjata api itu secara sah dan mengikut undang-undang negara tersebut.

Pendedahan itu sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen mengenai kelayakan dan semakan yang diperlukan bagi individu yang memiliki senjata api.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul turut dikatakan telah melawat kawasan arena sabung ayam tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Anutin menggesa agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memiliki senjata api.

Beliau turut menegaskan bahawa senjata api harus disimpan di dalam rumah dan jika ia dibawa ke tempat awam boleh menyebabkan kesalahan undang-undang.

Sumber: The Thaiger

The post ‘Koyak’ Kalah Sabung Ayam, Lelaki Nekad Tembak Pemenang Berulang Kali Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*