FIFA Mula Siasat Adegan Pasukan Argentina Raikan Kemenangan Piala Dunia

Pasukan Argentina Raikan Kemenangan

FIFA Mula Siasat Adegan Pasukan Argentina Raikan Kemenangan Piala Dunia

FIFA mengumumkan untuk melakukan siasatan terhadap adegan pasukan Argentina selepas meraikan kemenangan menewaskan Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, lapor Daily Mail.

Badan induk bola sepak dunia itu telah membuka siasatan terhadap Albiceleste kerana melanggar beberapa kod tatatertib FIFA semasa dan selepas acara, iaitu klausa untuk fairplay dan salah laku pemain.

Menurut FIFA, Jawatankuasanya telah membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina kerana disyaki melanggar artikel 11 (Tingkah laku menyinggung perasaan dan pelanggaran prinsip permainan adil) dan 12 (Salah laku pemain dan pegawai) Kod Tatatertib FIFA.

Selain itu, Argentina juga dikatakan melanggar artikel 44 Peraturan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bersempena dengan Peraturan Media dan Pemasaran untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022, semasa perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Argentina menentang Perancis.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez telah mencetuskan kontroversi menerusi gaya sambutannya ketika menerima anugerah Sarung Tangan Emas selepas tamat perlawanan.

Memetik Daily Mail, sekiranya pasukan Argentina mengaku bersalah atas sebarang pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap mereka, Persatuan Bola Sepak Argentina boleh dikenakan denda yang besar.

Bagaimanapun, juara dunia itu bukanlah satu-satunya pasukan yang dalam pemerhatian FIFA, malah Ecuador dan Serbia juga turut bakal berdepan dengan hukuman penutupan separa stadium kerana melanggar klausa diskriminasi, manakala Serbia pula telah melanggar klausa salah laku.

Terdahulu, Mexico telah didenda 100,000 Swiss Franc (RM467,500) dan satu perlawanan secara tertutup kerana nyanyian diskriminasi.

Selain itu, FIFA juga telah membuka siasatan terhadap Croatia kerana potensi salah laku dan pelanggaran tingkah laku yang menyinggung perasaan.

Sumber: Daily Mail

The post FIFA Mula Siasat Adegan Pasukan Argentina Raikan Kemenangan Piala Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*