Ini Lima Negara Tanpa ‘Airport’ Kerana Terlalu Kecil

Ini Lima Negara Tanpa ‘Airport’ Kerana Terlalu Kecil

Kebiasaannya, sekiranya anda mahu pergi melancong ke mana-mana, anda mesti akan menempah tiket penerbangan, kan?

Tapi, macam mana kalau tempat yang anda nak pergi itu tiada lapangan terbang? Mesti anda rasa perkara itu mustahil, kan?

Kedengaran macam pelik dan mustahil, tetapi itulah hakikatnya. Terdapat lima negara di dunia yang tiada airport kerana saiznya yang terlalu kecil.

Jadi dalam artikel kali ini, ia menyenaraikan lima negara tersebut dan alternatif lain untuk pergi ke sana.

5 Negara Tanpa Airport

Bandar Vatican

Bandar Vatican merupakan negara yang terkecil di dunia. Ia juga adalah negara-kota yang tidak diperintah daripada mana-mana negara lain. Kawasan negara seluas 190 ekar itu tidak mempunyai lapangan terbang kerana ia berada di dalam Rom.

Rom mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa. Sekiranya anda mahu pergi ke Bandar Vatican, anda boleh menempah tiket penerbangan ke Rom dan memandu ke negara itu. Lapangan Terbang Leonardo da Vinci-Fiumicino di Rom terletak hanya kira-kira 18.5 batu (29 kilometer) dari sempadan Bandar Vatican.

San Marino

San Marino dikelilingi dengan tanah negara Itali, namun negara itu tidak mempunyai lapangan terbang mereka sendiri. San Marino merupakan negara kelima terkecil di dunia dan ia tetap boleh dikunjungi pelancong dari luar.

Ini kerana, negara itu berdekatan dengan Lapangan Terbang Federico Fellini (Itali) yang jaraknya hanyalah sembilan batu (14 kilometer). Difahamkan, sesetengah penduduknya hidup mewah kerana San Marino dipercayai salah sebuah negara terkaya dunia dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita antara yang tertinggi.

Monaco

Negara ini dikelilingi oleh Perancis dan Laut Mediterranean, dan ia merupakan negara kedua terkecil di dunia. Malah ia juga diiktiraf negara paling padat dengan penduduk di dunia.

Sekiranya anda mahu melancong ke Monaco, anda perlu turun di Lapangan Terbang Nice Cote d’Azur di Perancis. Kemudian, anda perlu menaiki bot atau kereta selama setengah jam sebelum tiba di sana.

Monaco menjadi tuan rumah untuk perlumbaan Formula One yang tertua dan berprestij, iaitu The Monaco Grand Prix yang mempunyai litar terpendek antara semua perlumbaan Formula One.

Liechtenstein

Liechtenstein merupakan negara terkecil di dunia yang menjadi sempadan untuk Austria dan Jerman. Negara ini juga tidak mempunyai lapangan terbang sendiri. Cara untuk pergi ke situ adalah dengan menaiki kereta atau bot ataupun anda menggunakan sistem kereta api dari stesen Switzerland atau Austria yang berdekatan.

Lapangan terbang yang berdekatan dengan Liechtenstein ialah Lapangan Terbang St. Gallen-Altenrhein di Switzerland. Negara ini adalah lapan kali ganda lebih kecil daripada bandar Los Angeles dan bandar terbesarnya hanya mempunyai 6,000 penduduk.

Negara yang kecil ini mempunyai antara KDNK per kapita tertinggi dan mempunyai hutang negara yang terendah.

Andorra

Negara terakhir adalah Andorra yang terletak di sempadan antara negara Sepanyol dan Perancis. Ia terletak di banjaran gunung Pyreness, dan ia membolehkan pelancong untuk mendaki gunung sambil menikmati keindahan pemandangan di sana.

Andorra mempunyai ibu negeri yang dipanggil Andorra la Vella yang juga merupakan ibu kota tertinggi di Eropah. Untuk pergi ke sana, anda boleh menempah tiket di lima lapangan terbang yang berada di Sepanyol dan Perancis.

Perjalanan dari lapangan terbang itu ke Andorra mengambil masa tiga jam.  Kalau anda nak tahu, rakyat Andorra juga mempunyai jangka hayat antara tertinggi di dunia.

Itulah lima negara tanpa lapangan terbang. Negara-negara itu mungkin kecil, tetapi mereka mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Sumber: Reader’s Digest

BACA JUGA: Kenali Pokok Tercantik Di Korea, Pokok Ginkgo Berumur 860 Tahun

The post Ini Lima Negara Tanpa ‘Airport’ Kerana Terlalu Kecil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*