Perbadanan Putrajaya Tegur Pemain Sukan “Skateboard”, Nasihat Main Tempat Sesuai

pemain sukan skateboard putrajaya

Perbadanan Putrajaya Tegur Pemain Sukan “Skateboard”, Nasihat Main Tempat Sesuai

Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 19 Julai lalu menasihati peminat sukan papan luncur agar mencari kawasan yang sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kenyataan itu dibuat menerusi hantaran muat naik di Facebook rasmi PPj susulan terdapat pemain sukan papan luncur itu menggunakan kawasan awam sebagai tempat bermain sukan berkenaan.

“Sukan papan luncur adalah aktiviti riadah yang sangat baik untuk latihan kardio, ekstrem dan kepuasan diri. Namun, pastikan ia dibuat di kawasan yang sesuai tanpa membahayakan keselamatan awam,” tulis hantaran muat naik itu.

Terdapat tempat yang sesuai di Taman Cabaran, Presint 5

Dalam pada itu, PPj juga sempat memberi cadangan lokasi yang sesuai bagi peminat sukan papan luncur itu untuk bermain pada masa akan datang.

“Orang awam boleh bermain papan luncur di tempat yang lebih sesuai seperti di Taman Cabaran, Presint 5,” tulis hantaran itu lagi.

Sementara itu, PPj turut memaklumkan bahawa teguran dan kompaun boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam melakukan aktiviti sukan tersebut.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

“PPj memandang serius kesalahan bermain papan luncur di kawasan yang tidak dibenarkan. Teguran dan kompaun dikenakan bagi memastikan keselamatan dan harta benda awam terjamin,” tambah hantaran muat naik itu lagi.

Sumber: Facebook/Perbadanan Putrajaya

The post Perbadanan Putrajaya Tegur Pemain Sukan “Skateboard”, Nasihat Main Tempat Sesuai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*