“Potong Kereta Polis,” Ini Antara Perkara Tak Salah Tapi Serba Salah Bila Buat, No 4 Paling Susah

Rakyat Malaysia rata-ratanya adalah penduduk yang tenang, harmoni, bersopan-santun, berbudi bahasa dan juga mematuhi undang-undang.

Sejak kecil lagi, kita selalu diingatkan oleh ibu dan ayah bahawa ianya adalah salah untuk kita mengambil hak orang lain. Jadi, benda ini dah jadi “common sense” yang standard diamalkan oleh kita semua secara automatik kan.

Maka tak hairanlah, kadang-kala kita serba salah nak buat satu-satu benda, walaupun sebenarnya apa yang kita nak buat tu, tak salah pun dari segi undang-undang.

Sebenarnya, ada banyak benda yang sebenarnya tak salah pun kita buat, tapi selalu buat kita rasa terganggu kalau kita buat. Tapi kali ini, kami nak senaraikan lima benda dahulu, yang kerap kita lalui setiap hari dalam hidup ini.

Pura-pura tak ada syiling bila jurujual tanya

Situasi ni memang kerap berlaku, bila kita nak bayar apa-apa di kaunter, pasti juruwang tak lepas bertanya “Duit kecil tak ada ke?” atau “70 sen ada tak”.

Kadang-kala kita pun naik heran, yelah mereka yang tetapkan harga barang dengan ‘sekian-sekian’ sen dibelakangnya, jadi kedai sepatutnya sediakanlah baki sen mencukupi di kaunter, kan?

Gambar: FB Tukar Duit Syiling

Bukan semua gemar nak bawa duit syiling dalam dompet. Nanti dompet mengembung, kita nak duduk pun tak selesa. Kalau ada pun, kita sebenarnya lagi selesa nak buat tabungan duit syiling tu.

Tapi, kalau jawab tak ada, rasa macam menipu pula. Kalau jawab ada, jenuh kita nak belek dompet depan kaunter, nanti orang di belakang kita kata apa pula tengok kita terkial-kial nak bayar.

Tanya harga barang, tapi tak beli

Bila masuk dalam sesebuah kedai, biasanya belum tentu kita mahu pembelian terus. Kita nak tinjau-tinjau dulu harganya dan buat perbandingan dengan kedai lain.

Namun apa yang terjadi, ada kedai liat nak letak tanda harga siap-siap pada item yang dijualnya. Jadi, susah la kita nak buat perbandingan nanti kan? Nak bertanya pada tuan kedai atau juruwang, rasa serba salah pula takut terberi harapan palsu pada mereka.

Maka, kita pun melangkah keluar dari kedai tanpa bertanya pun harga barang yang kita tinjau tadi. Selalu terjadi kan?

Jangan segan lepas ni okay, sebenarnya tak salah pun kita bertanya dan tuan kedai pun tak patut rasa kecewa kalau pelanggan tak beli selepas bertanya harga.

Potong kereta polis

Rasanya, perasan bersalah nak potong kereta polis ini semua pemandu pernah rasa. Bila nampak je kereta polis atas jalan, automatik rasa gelabah itu datang. Padahal kita tak buat salah apa-apa pun.

Kalau kereta polis di depan dipandu perlahan, kita di belakang pun jadi perlahan juga memandu. Punya la tak nak potong, sanggup kita tunggu sambil berharap kereta polis tu belok ke mana-mana. Masa itu, hati baru rasa lega, kan? Bila fikir-fikir balik, kelakar la pula.

Gambar: BERNAMA

Padahal, tak jadi satu kesalahan pun kalau kita memotong kereta polis. Rasanya belum pernah ada yang kena tahan dan disaman semata-mata memotong kereta polis kut.

Kecuali kalau polis dah bagi arahan ketepi dan perlahan, misalnya polis pengiring yang tengah mengiringi VVIP, janganlah kita melawan pula. Itu lain cerita.

Kutip hutang dekat adik beradik dan kawan-kawan

Ini pun satu masalah juga. Tuhan je yang tahu rasa bersalah kita nak minta balik hutang-hutang walaupun sebenarnya itu adalah hak kita. Anehnya pula, yang berhutang tak rasa bersalah macam tu pun.

Lebih-lebih lagi kalau yang berhutang itu adik-beradik sendiri atau kawan-kawan rapat. Bila ditagih nanti, pasti ada pelbagai cakap-cakap yang timbul. “Dengan adik-beradik sendiri pun nak berkira”, “Aku kawan baik kau Mat, aku bayarlah nanti” dan macam-macam lagi.

Jadi, kita yang tengah sesak nak pakai duit masa tu terpaksalah memendam rasa dan bersabar. Tak pasal-pasal, kita pula kena berkorban sampai kualiti hidup terjejas. Sedihnya, bukan sebab duit tak ada, tetapi sebab orang lain yang pinjam duit kita.

Terkial-kial nak masuk duit dalam dompet ketika di kaunter pembayaran

Rasanya ini adalah benda biasa yang terjadi kepada sesiapa pun kan. Rasa gelabah tu memang sukar nak kawal, lagi-lagi bila kita tahu ada barisan panjang dekat belakang.

Nak masuk duit dalam dompet tu rasa susah sangat, puas selit tak boleh juga. Resit pun satu hal sebab ada kalanya juruwang memulangkan baki yang diapit dengan resit. Memang ambil masa la kalau nak asing satu-satu, tambah pula kalau baki termasuk dengan duit syiling.

Masa tu lah pasti ada mata yang memandang kalau kita buang masa terlalu lama di kaunter. Itu yang jadi punca duit rosak sebab kita main sumbat je dalam dompet, sebab nak cepat kan.

Sebenarnya, semua situasi di kaunter pembayaran dapat diatasi kalau anda pilih kaedah pembayaran yang kami sarankan ini.

Berbanding guna kaedah bayaran tunai, apa kata anda pilih transaksi pembayaran menggunakan kad debit. Alasannya mudah je, semua orang ada akaun bank dan kad ATM dan semua kad ATM adalah kad debit.

Jadi, memang dah tak perlu pening apa-apa dah. Masalah tak ada duit kecil, nak cari duit syiling, nak susun duit dalam dompet, semua sekelip mata dapat diatasi tau.

Malah, kaedah pembayaran pun jauh lebih pantas. Tak perlu nak kira wang terlebih dahulu sebelum dihulur kepada juruwang. Semudah Tap, Check & Go. Poket anda pun selamat memandangkan tiada duit fizikal perlu dibawa.

Satu lagi, dengan penggunaan kad juga, anda juga boleh mengelak daripada penipuan berlaku. Ini kerana, anda dapat memeriksa dengan mudah sekiranya ada surcaj berlebihan atau tambahan yang dikenakan oleh penjual.

Ini bermakna, tiada ruang untuk penjual mengenakan sebarang caj tambahan sesuka hati tanpa pengetahuan pengguna.

Tap masa nak bayar, Check resit jika ada sebarang surcaj tambahan, jika puas hati boleh Go. Tap, Check & Go, mudah je kan?

Kad pula anda boleh tetapkan ciri-ciri keselamatan yang tersendiri. Misalnya, kalau nak buat pembayaran melebihi RM 250, anda perlu memasukkan no PIN sebagai pengesahan pembayaran.

Jika anda risau kehilangan kad tersebut dan orang lain guna untuk buat pembayaran, anda boleh telefon terus bank untuk membatalkan kad berkenaan. Mudah je kan?

Lagi satu, guna kad debit ni lebih sihat sebenarnya kerana semua transaksi perbelanjaan direkodkan oleh bank. Jadi, anda dapat memantau kemana duit anda pergi. Maka mudahlah untuk anda merancang perbelanjaan selepas ini. Tak ada isu lagi, anda tak tahu kemana duit anda hilang selepas ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kad debit ini, anda boleh kunjungi laman web, Facebook, Twitter dan Instagram Pay With Debit.


The post “Potong Kereta Polis,” Ini Antara Perkara Tak Salah Tapi Serba Salah Bila Buat, No 4 Paling Susah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*