Perhilitan Sahkan Kelibat Harimau Di Dua Lokasi Di Chemor

Perhilitan Sahkan Kelibat Harimau Di Dua Lokasi Di Chemor

IPOH, 31 Jan (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran harimau di Tanah Hitam dan Kampung Ulu Kuang, Chemor baru-baru ini.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan kejadian di Tanah Hitam pada 17 Jan lepas manakala di Ulu Kuang pada 26 Jan.

“Pihak kami telah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran harimau dan kita telah adakan siasatan lanjut selain mendapati aduan mereka adalah berasas dan memang wujud kehadiran harimau di kawasan itu.

“Selain itu, kita terima satu lagi aduan di Kampung Ulu Kuang yang menyatakan haiwan ternakan lembu diserang binatang terbabit dan Perhilitan hari ini telah memasang perangkap di kedua-dua kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemantauan turut dilakukan di lokasi pemasangan perangkap dan kawasan sekitar.

Katanya pihaknya turut memberikan khidmat nasihat kepada penduduk untuk mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian selain meminta mereka segera menghubungi Perhilitan sekiranya ternampak kelibat atau jejak harimau.

BACA: Menu Rahmah: Makan Tengah Hari Dan Malam RM5 Di 15,000 Premis

Sumber: Bernama

The post Perhilitan Sahkan Kelibat Harimau Di Dua Lokasi Di Chemor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*