Formwork Aluminium Jatuh: CIDB Arah Henti Kerja Pembinaan

Formwork aluminium jatuh

Formwork aluminium jatuh: CIDB arah henti kerja pembinaan

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan notis pemberhentian kerja pembinaan di Jalan Ampang susulan insiden formwork aluminium jatuh menghempap sebuah kenderaan awam hari ini.

CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan notis tersebut dikeluarkan kepada kontraktor utama projek tersebut bagi menjaga keselamatan awam dan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Menurut laporan awal, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi semasa kerja-kerja membuka aluminium panel di aras 55 sedang dijalankan.

“Salah satu panel aluminium tersebut telah jatuh lalu menghempap kenderaan awam yang diletakkan di seberang jalan berhadapan tapak projek,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post Formwork Aluminium Jatuh: CIDB Arah Henti Kerja Pembinaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*