Bergaduh Sebab Suami Nak Kahwin Lain, Wanita Tikam Suami Hingga Mati

Tikam Suami Hingga Mati

Bergaduh Sebab Suami Nak Kahwin Lain, Wanita Tikam Suami Hingga Mati

Polis di Ndhiwa, Kenya telah menahan seorang wanita yang didakwa tergamak menikam suaminya hingga mati kerana suaminya itu merancang untuk berkahwin lagi, lapor Nation.

Suspek dilaporkan telah ditahan pada petang Rabu ketika dia cuba melarikan diri daripada orang awam dalam keadaan berlumuran darah selepas didakwa melakukan kesalahan itu.

Dia ditahan di Pos Polis Kobodo sebelum dipindahkan ke Balai Polis Ndhiwa selepas berita perbuatan jenayahnya telah tersebar.

Wanita itu dilaporkan telah bergaduh dengan suaminya yang berusia 34 tahun sebelum bertindak mengambil pisau di dapur dan menikamnya.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Menurutnya, dia tidak bersetuju dengan hubungan suaminya yang merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.

Wanita itu berkata, suaminya cuba menghalaunya pergi tetapi dia membantah sebelum pergaduhan mula berlaku.

“Dia bercadang untuk berkahwin dengan teman wanitanya. Dia menyuruh saya mengemas barang saya dan pergi,” kata wanita itu kepada polis.

Menurut suspek, pergaduhan mereka bermula pada Selasa lalu sebelum berlanjutan ke hari berikutnya sewaktu hari kejadian tikaman itu berlaku.

“Salah seorang mentua saya cuba memisahkan kami tetapi dia gagal. Saya mengambil pisau dan menyerangnya sewaktu dia mencekik saya. Saya mempertahankan diri saya,” katanya lagi.

Siasatan awal mendapati bahawa suspek dan mangsa telah berpisah beberapa lama dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bersatu semula.

Penolong Ketua Sub-lokasi Kajwang Enos Nyawade berkata wanita itu meninggalkan rumah kira-kira enam bulan lalu apabila pasangan itu terlibat dalam satu pertengkaran besar.

Namun wanita itu kembali beberapa hari sebelum Krismas. Wanita itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh suaminya kerana telah membuat perjanjian untuk berkahwin dengan wanita lain.

Dalam kejadian berdarah itu, jiran mangsa telah membawanya ke hospital kerana mengalami cedera parah di perutnya.

Nyawade berkata luka tikaman yang dilakukan suspek telah mengancam nyawa mangsa. Mangsa kemudiannya meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.

Komander Polis Daerah Teluk Homa, Samson Kinne mengesahkan kejadian itu.

“Suspek menggunakan pisau dapur dan menikam lelaki itu sekali. Dia berada dalam tahanan sementara siasatan diteruskan,” kata Kinne.

Mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Manyatta Kobodo untuk tujuan pengebumian.

Sumber: Nation

The post Bergaduh Sebab Suami Nak Kahwin Lain, Wanita Tikam Suami Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*