Gabenor Ketuai Misi Menyelamat Di Gua Tham Luang Meninggal Dunia

gabenor gua tham luang meninggal

Gabenor Ketuai Misi Menyelamat Di Gua Tham Luang Meninggal Dunia

BANGKOK — Salah seorang individu penting dalam misi menyelamat di Gua Tham Luang lima tahun lalu, Gabenor Pathum Thani, Narongsak Osottanakorn dilaporkan meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat kanser.

Wira Thai Cave Rescue Meninggal Dunia

Memetik Bangkok Post, berita duka pemergian sang wira ‘Thai Cave Rescue’ itu disahkan oleh penolong pegawai Pejabat Perhubungan Awam Chiang Rai, Rachapon Ngamkrabuan.

Kata Rachapon, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj pada 5.40 petang semalam.

Narongsak Osottanakorn

gabenor gua tham luang meninggal
Gambar: AFP/ YE AUNG THU

Untuk makluman, Narongsak merupakan ‘watak’ penting dalam menyelia perancangan operasi menyelamat 12 kanak-kanak dari pasukan bola sepak Moo Pa (Wild Boars) dan seorang jurulatih yang terperangkap dalam gua Tham Luang di daerah Mae Sai, Chiang Rai pada 2018 lalu.

Remaja Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia

Sebelum ini, salah seorang daripada 12 remaja yang berjaya diselamatkan dalam tragedi itu dilaporkan meninggal dunia.

Menurut BBC, Duangpetch Promthep pada awalnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya.

Berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibunya di kuil Wat Doi Wao, Chiang Rai. Susulan pemergian mendiang , ibunya menerima pelbagai mesej daripada rakan sepasukan mendiang.

BACA JUGA: Biodata Ringkas 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua Tham Luang, Thailand

Walau bagaimanapun, butiran mengenai kematian mendiang tidak didedahkan.

Difahamkan, Promthep merupakan kapten kepada pasukan bola sepak berkenaan sewaktu tragedi yang pernah menggemparkan dunia.

Tragedi Gua Tham Luang

Pada 23 Jun 2018, sepasukan bola sepak Wild Boars (Moo Pa dalam bahasa Thailand) dilaporkan terperangkap di dalam gua selepas selesai menjalani latihan bola sepak.

Kesemua mangsa terdiri daripada 12 pemain yang berumur lingkungan 11 hingga 16 tahun. Manakala seorang jurulatih pasukan, Ekkaphon Kanthawong berusia berusia 25 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu mereka berlumba ke gua Tham Luang di Chiang Rai dengan menaiki basikal, yang merupakan kawasan kesukaan pasukan tersebut.

Bagaimanapun, pada hari kejadian berlaku hujan lebat dan air mula memenuhi laluan gua yang sempit. Susulan itu, mereka telah dilaporkan terperangkap dalam sistem gua keempat terbesar di Thailand itu.

Misi menyelamat telah dilancarkan dengan melibatkan kira-kira 10,000 orang sehingga pasukan itu ditemui oleh penyelam.

Selama sembilan hari, mereka menghabiskan waktu dalam keadaan gelap dan tanpa sesuap makanan.

Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari gua itu selepas dibius dengan sejenis dadah. Misi menyelamat itu telah menjadi topik utama dunia sehingga pelbagai diadaptasi ke filem dan dokumentari bagi menceritakan semula tragedi itu.

Antara syarikat yang mengeluarkan filem mengenai misi menyelamat itu termasuklah Netflix pada tahun lepas dengan siri enam episod.

Sumber: Bangkok Post

The post Gabenor Ketuai Misi Menyelamat Di Gua Tham Luang Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*