Humza Yousaf Cipta Sejarah, Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah

muslim ketua negara eropah

Humza Yousaf Cipta Sejarah, Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah

Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai Menteri Pertama negara tersebut, lapor AFP.

Pelantikan itu mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama seorang pemimpin politik beragama Islam muncul sebagai Ketua Eksekutif sebuah negara Eropah.

Humza menggantikan Nicola Sturgeon selepas menang tipis dalam pemilihan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin. Beliau kemudian berjaya mengumpul sokongan yang mengcukupi daripada ahli parlimen untuk diangkat menjawat jawatan nombor satu kerajaan Scotland itu.

Sebaik diangkat sebagai Menteri Pertama, Humza mengulangi ikrarnya untuk meneruskan proses menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.

Muslim pertama jadi ketua kepada negara Eropah

Humza sebelum itu mengakui bakal menggalas tugas yang berat sebagai pengganti Nicola. Namun begitu, beliau berikrar mahu mengembalikan aura Scotland di pentas politik dunia.

”Saya akan secara lantang akan memperjuangkan kemerdekaan Scotland, dengan kuasa yang ada,” katanya kepada media selepas berjaya mendapatkan undi pengesahan.

Beliau juga berikrar mahu menjadi generasi yang berjaya menghadiahkan kemerdekaan kepada Scotland selepas ini. Sebagai memenuhi ikrar tersebut, beliau berjanji akan mengusulkan undi mahu keluar daripada United Kingdom selepas ini.

Bagaimanapun, Setiusaha Kerajaan UK bagi Scotland, Alister Jack berharap pemimpin baharu SNP itu mengetepikan obsesi yang mahu menuntut kemerdekaan bagi negara tersebut.

Dalam pada itu, kejayaan Humza turut mendapat perhatian Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak yang menyampaikan ucapan tahniah menerusi satu ciapan di Twitter semalam.

”Saya tidak sabar mahu bekerjasama dengan beliau dalam menguruskan beberapa perkara yang mempunyai kepentingan kepada Scotland,” katanya.

Sunak ucap tahniah kepada Humza

Humza sebelum ini mengakui perbincangan dengan Sunak sebagai membina, namun secara berlapis memberi isyarat mahu referendum pemisahan Scotland diadakan semula. Beliau dalam perbincangan itu juga menegaskan bahawa permintaan demokratik parlimen dan warga Scotland perlu dihormati.

Muncul sebagai Menteri Pertama Scotland, Humza merupakan seorang pemimpin politik Scotland yang berasal daripada keluarga imigran Pakistan. Ayah Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya. Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.

Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin disana.

BACA: Ribut Landa Bazar Raya Di Kangar, Khemah Habis Tunggang-Langgang

Sumber : AFP, CNN

The post Humza Yousaf Cipta Sejarah, Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*