Wakil Hubungi Liverpool, Ditawar Peluang Dapatkan Neymar?

Liverpool Peluang Dapatkan Neymar

Wakil Hubungi Liverpool, Ditawar Peluang Dapatkan Neymar?

Khabar angin bertiup kencang bahawa Liverpool adalah salah satu daripada lima buah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ditawarkan peluang untuk menandatangani bintang PSG, Neymar.

Difahamkan, kapten skuad kebangsaan Brazil itu sedang mencari peluang untuk berpindah daripada gergasi Ligue 1 itu. Beliau antaranya juga dikatakan mahu merasai cabaran beraksi di liga lain dan EPL menjadi keutamaannya.

Menurut laporan 90min, selain Liverpool, wakil pemain itu didakwa turut berkomunikasi dengan Newcastle United, Chelsea, Manchester City dan Manchester United.

Neymar sudah pun menjulang enam kejuaraan liga bersama PSG sejak berpindah daripada Barcelona pada 2017. Ketika itu, perpindahannya menjadi topik hangat bola sepak di seluruh dunia. Ini kerana, perpindahan berkenaan menyaksikan buat pertama kali harga bintang bola sepak dunia melepasi tanda harga 200 juta Euro.

Masa depan dengan PSG samar, peluang Liverpool dapatkan Neymar?

Bagaimanapun, masa depan jangka panjang Neymar bersama kelab yang berpangkalan di Kota Paris itu menjadi samar musim ini. Ia selepas pelbagai kontroversi melandanya termasuk dakwaan hubungan dingin bersama tonggak kelab yang lain, antaranya bersama Klyian Mbappe. Kontrak Neymar bersama PSG bakal tamat pada Julai 2025 ini.

Neymar seringkali dikaitkan dengan perpindahannya ke EPL sejak beliau beraksi bersama Barcelona lagi. Beliau juga muncul sebagai salah seorang bakat elit paling menonjol dalam sejarah bola sepak dunia. Maka, tak hairanlah topik perpindahannya ke liga paling kompetitif di dunia itu seringkali muncul.

Pemilik Chelsea Di Paris, Cuba Beli Neymar Dari PSG?

Terdahulu, khabar angin turut bertiup bahawa pemilik Chelsea, Todd Boehly dilaporkan berada di Paris untuk bertemu dengan Presiden PSG, Nasser al Khelaifi.

Menurut laporan ESPN di Facebook semalam, sumber berkata, kedua-duanya turut berbincang mengenai potensi perpindahkan Neymar ke kelab Liga Perdana Inggeris tersebut dalam pertemuan itu.

Dalam laporan Eurosport pula, Todd dilapor terbang ke Paris pada Selasa, menjelang pertemuan PSG dengan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-juara Eropah.

Chelsea juga difahamkan sudah pun meneroka peluang untuk mendapatkan tandatangan bintang Brazil itu sejak musim lepas, ketika masih di bawah kendalian Thomas Tuchel lagi.

Sejak mengambil alih Chelsea daripada billionaire Rusia, Todd melabur ratusan juta pound memborong mana-mana bintang bola sepak yang mampu dimilikinya. Bahkan, perbelanjaan kelab berkenaan dalam perpindahan pada Januari dilapor mengatasi gabungan perbelanjaan liga-liga lain.

Sumber: Liverpool Echo

The post Wakil Hubungi Liverpool, Ditawar Peluang Dapatkan Neymar? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*