Gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’: Bukan Suka-suka Guna, Memang Ada Dalam Istiadat & Ini Sejarahnya

gelaran dato' panglima perang

Gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’: Bukan Suka-suka Guna, Memang Ada Dalam Istiadat & Ini Sejarahnya

Baru-baru ini negeri Kelantan sudah pun melabuhkan tirai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membawa kepada keputusan 43:1:1, di mana Perikatan Nasional (PN) mendominasi hampir kesemua posisi.

Justeru, berlakulah ‘peralihan’ tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada yang lama kepada yang baharu secara rasminya.

Namun, satu perubahan besar berlaku dalam landskap kerajaan kali ini apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kelantan beriktikad mahu menampilkan kolaborasi duo ulamak-umarak di peringkat tertinggi kepimpinan.

Ia bermaksud, saf kepimpinan kerajaan Kelantan kini sudah berwajah baharu apabila gandingan ulamak dan teknorat menjadi ‘Imam 1’ dan ‘Imam 2’ dalam hierarki kaderisasi.

Kemuncaknya, barisan kerajaan Kelantan baharu ini menampilkan tokoh agamawan terkenalnya, Dato’ Panglima Perang Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebagai Menteri Besar dan figura teknokrat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar.

Kredit: Bernama

Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’ yang disandarkan pada Mohd Nassuruddin.

Wujud juga persoalan daripada sesetengah pihak; adakah gelaran itu memang wujud dalam istiadat rasmi? Atau kerana sosok Mohd Nassuruddin sendiri yang bergelar ‘Singa PAS’?

Artikel ini merungkai segalanya.

Dikurnia Dato’ Panglima Perang pada 2019

Pada tahun 2019, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dikurniakan dua darjah kebesaran, iaitu Dato’ Panglima Perang dan ahli kehormat pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Penganugerahan Darjah Kebesaran itu bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V ke-49 tahun.

Nassuruddin yang sebelum ini sinonim dengan gelaran ‘Singa PAS’ merupakan bekas penuntut di Universiti Al-Azhar Mesir juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti sejak 1995.

Kredit: Kelantan TV

Selain daripada Nassuruddin, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga dikurniakan darjah kebesaran tersebut susulan sikapnya yang berani dalam memperjuangkan Islam di negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, gelaran darjah kebesaran itu bukan diberi saja-saja namun ia termaktub dalam pengurniaan kehormatan kebesaran.

Setiap negeri mempunyai darjah kebesaran yang tersendiri bagaimanapun, ia bergantung kepada sultan negeri berkenaan kepada siapa yang mereka ingin memberikannya.

Setiap darjah, pingat dan bintang, ia diberikan mengikut pangkat, bidang dan gred penerima. Si penerima, sebagai contoh Darjat Kerabat hanya diterima oleh golongan raja dan kerabat kanan.

Darjah S.J.M.K

Kredit: Istiadat

Menerusi darjah kebesaran negeri Kelantan, darjah S.J.M.K merupakan darjah ketiga dalam senarai tersebut.

Ia juga adalah darjah kebesaran pangkat pertama dalam senarai Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Bagi mereka yang diberi darjah tersebut, mereka layak untuk dapat gelaran Dato’ untuk lelaki dan Datin bagi perempuan.

BACA: “Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera

Gelaran Dato’ Panglima Perang

Imbas kembali sejarah, individu pertama yang memegang gelaran Dato’ Panglima Perang ini dipegang oleh Wan Mahmud susulan dilantik oleh Sultan Muhammad 1 sebagai Pembesar di Istana Balai Besar pada tahun 1790.

Wan Mahmud merupakan anak kepada Tuan Khomis bin Tuan Kundur bin Long Bahar atau lebih dikenali sebagai Mandur Misa@Mis.

Bagi yang tidak mengetahui, Mandur Misa merupakan salah seorang sahabat Long Ghafar dan Long Yunus dalam perang Kota Kubang Labu II pada tahun 1762.

Beliau telah dianugerahkan kawasan Lundang atas sumbangannya pada tahun tersebut.

Dato’ Panglima Perang telah mengikat ikatan yang sah bersama isterinya, Engku Che’ Nik iaitu puteri sulong baginda Long Gafar dan mereka dikurniakan tiga orang anak, iaitu Wan Sulong, Wan Sulaiman dan Wan Aminah.

Kemudian pada tahun 1830, Dato’ Panglima Perang wafat dan gelaran itu diturunkan kepada anaknya Wan Sulong dengan gelaran Dato’ Panglima Perang Lundang II.

Oleh hal yang demikian, dalam konteks hari ini, gelaran tersebut tidak boleh digunakan secara umum, sebaliknya ia merupakan darjah kebesaran khas yang dikurniakan oleh sultan kepada individu yang layak sahaja.

Sumber: ecentral, Kelantan Tv/Facebook, eKurnia, Istiadat, PPSK

The post Gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’: Bukan Suka-suka Guna, Memang Ada Dalam Istiadat & Ini Sejarahnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*