Terlanggar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan, Lelaki Dilapor Maut

Lelaki maut terlanggar kereta

Terlanggar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan, Lelaki Dilapor Maut

BATU PAHAT – Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 128.4  Lebuhraya Utara Selatan ( Pagoh-Yong Peng) semalam melibatkan seorang lelaki, lapor Sinar Harian.

Menurut ketua Polis Daerah Batu Pahat,  Asisten Komisioner Ismail Dollah, insiden berkenaan dipercayai berlaku kerana mangsa yang berusia 32 tahun itu gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya.

Mangsa selepas itu terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan pada enjin.

“Akibat perlanggaran itu menyebabkan lelaki yang berasal dari Kulai itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 59 tahun sekadar cedera ringan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

BACA: Motor Terbabas, Suami Isteri & Bayi Dalam Kandungan Dilapor Maut

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bagi membantu kes tersebut, polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk segera menghubungi pegawai penyiasat Insp. Muhamad Asma’I Md Yusuff di talian 013-6550128 bagi membantu siasatan.

Kemalangan jalan raya membabitkan motosikal

Terdahulu, turut berlaku satu kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 18.4j (arah Gelang Patah) yang menyaksikan pasangan suami isteri serta bayi dalam kandungan maut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata kejadian itu berlaku kerana penunggang itu gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Penunggang motosikal berkenaan berusia 36 tahun manakala isterinya 30 tahun dan bayi dalam kandungan berusia enam bulan setengah.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan, tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya .

Ujarnya, kedua-dua mayat telah diserahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain di tempat kejadian.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: Sinar Harian

The post Terlanggar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan, Lelaki Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*