Gempa Bumi: Bayi Lahir Di Bawah Runtuhan Diberi Nama Aya Oleh Petugas Hospital Di Syria

bayi gempa bumi

AFRIN, Syria, 9 Feb (Bernama) — Seorang bayi yang ditemukan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya yang telah meninggal dunia telah diberikan nama Aya.

Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim, lapor Agensi Anadolu.

Bayi itu lahir pada pagi Isnin ketika ibunya terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi pertama melanda.

Bayi itu diselamatkan selepas lima jam misi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Pertahanan Awam Syria.

Terdapat kecederaan pada tubuh badan bayi itu.

Petugas di hospital Ceyhan menamakannya Aya dan mengesahkan bayi itu kini dalam keadaan sihat.

Bayi itu juga kehilangan tiga adik-beradik yang dalam bencana itu.

Di Syria, lebih 3,100 orang maut, menurut angka yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Syria dan pertahanan awam Syrian White Helmets.

Gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye itu turut menjejaskan negara jiran Syria.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Hanya bayi terselamat

Kredit: AFP

Difahamkan, bayi tersebut merupakan satu-satunya ahli keluarga tersebut yang terselamat, manakala saudara yang lain pula ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Memetik laporan AFP, bayi tersebut telah ditemui oleh saudaranya dalam runtuhan bangunan rumahnya, ketika mereka sedang mencari jasad ahli keluarga yang terkorban dalam insiden tersebut.

AFP turut berkongsi beberapa keping foto keadaan bayi berkenaan ketika menerima rawatan. Kesan-kesan luka dan calar dikesan di bahagian badan bayi tersebut. Manakala, jarinya dilihat disambungkan dengan tiub titisan intravena.

Menurut doktor yang merawatnya, dahi dan jari bayi itu bewarna kebiruan ketika dihantar ke hospital, dipercayai akibat cuaca sejuk melampau. Dia bagaimanapun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bayi tersebut turut diberikan susu dan badannya telah dihangatkan bagi memulihkan semula suhu tubuhnya.

Terdahulu, turut viral sekeping gambar yang menyayat hati menunjukkan seorang bapa memegang erat tangan anaknya yang maut dalam kejadian gempa itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Berjaya Dikeluarkan Hidup-Hidup Dari Runtuhan

The post Gempa Bumi: Bayi Lahir Di Bawah Runtuhan Diberi Nama Aya Oleh Petugas Hospital Di Syria appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*