Pilu, Bayi Usia 20 Hari Terselamat Dari Runtuhan Ditemui Genggam Segumpal Rambut Ibu

bayi genggam rambut ibu

Pilu, Bayi Usia 20 Hari Terselamat Dari Runtuhan Ditemui Genggam Segumpal Rambut Ibu

Pilu dan mengejutkan. Itulah Perkataan yang sesuai diungkapkan untuk satu kejadian menyayat hati memaparkan seorang bayi dipercayai berusia 20 hari ditemui terselamat dalam runtuhan gempa bumi sambil menggenggam segumpal rambut ibunya.

Video perkongsian berdurasi 11 saat itu dimuat naik oleh seorang penulis Turki di laman Twitter miliknya.

Seperti yang tertulis di kapsyennya, video itu dirakam di Kahramanmaraş, Turki.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat bayi yang terselamat itu telah dibalut dengan sehelai kain.

Kredit Tansu Yegen/Twitter

Lebih mengejutkan, sewaktu anggota penyelamat sedang memeriksanya, bayi tersebut dilihat seakan mahu menunjukkan bahawa dia sempat menyimpan gumpalan rambut panjang milik ibunya sebagai kenangan.

Kredit Tansu Yegen/Twitter

Namun begitu perkongsian itu tidak memberitahu bagaimana keadaan ibu bayi tersebut. Sama ada ibunya terselamat dalam kejadian tersebut masih tidak diketahui.

 

Perkongsian video tersebut telah memberikan kesan yang mendalam kepada mereka yang menontonnya.

Pengguna media sosial yang menonton video tersebut turut sempat meninggalkan komen mereka detik pilu itu.

BACA: Gempa Bumi: Angka Korban Di Turkiye Sudah Melepasi 12,000 Orang- Agensi

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Ini sangat sedih. Tuhan bimbinglah dia. Kejadian ini membuatkan saya rasa sangat diberkati,” tulis seorang netizen.

“Sangat menyayat hati. Semoga Tuhan menjaganya termasuk mangsa-mangsa yang lain,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakannya.

“Sangat sedih untuk si kecil ini. Semoga dia mendapat keluarga asuhan yang baik dan penuh kasih sayang. Kita hidup dalam dunia yang indah namun ada kalanya ia begitu kejam,” tulis seorang netizen yang berharap agar bayi itu mendapat rumah dan kasih sayang yang baharu.

Sehingga setakat ini, Siakap Keli pernah melaporkan bahawa jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000. Berita itu dilaporkan oleh Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Türkiye seramai 12,391 orang terbunuh manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin dan berpusat di wilayah Kahramanmaras.

Wilayah lain di selatan dan timur Türkiye yang turut terjejas ialah Gaziantep, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter itu.

“Kami telah menggerakkan semua sumber yang ada. Negeri ini bekerjasama dengan majlis perbandaran terutamanya AFAD,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika meninjau misi bantuan di Kahramanmaras pada Rabu.

Lebih 13 juta orang turut terjejas akibat gempa bumi itu.

Sumber: Tansu Yegen/Twitter

The post Pilu, Bayi Usia 20 Hari Terselamat Dari Runtuhan Ditemui Genggam Segumpal Rambut Ibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*