Pendaratan Ikan: Cukup Dan Terjamin Sepanjang Aidilfitri

WISMA TANI, 11 April 2023 – Jabatan Perikanan Malaysia merupakan peneraju utama kepada pembangunan dan pemodenan sektor perikanan negara. Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan akan memastikan jaminan bekalan makanan sentiasa mencukupi kepada pengguna.

Sektor pengeluaran akuakultur bagi tempoh Januari sehingga Mac 2023 telah menyumbang sebanyak 111, 320 tan metrik daripada 24, 352 hektar merangkumi sektor akuakultur air tawar (tilapia, keli, lampam, dan sebagainya), air payau (siakap, kerapu, udang, dan sebagainya) dan rumpai laut. Secara keseluruhannya, pendaratan ikan sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri adalah cukup dan terjamin.

Bilangan vesel penangkapan ikan yang berlesen di Malaysia adalah sebanyak 48, 493 dimana hampir 84% daripadanya adalah vesel yang beroperasi di Zon A. Manakala selebihnya beroperasi di Zon B (4, 857), Zon C (2, 273), Zon C2 dan C3 (548) dengan menggunakan peralatan pukat jerut, pukat tunda dan rawai tuna.

Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain berkata “Sektor perikanan tangkapan masih kekal menyumbang dengan jumlah pengeluaran menunjukkan jumlah pendaratan perikanan tangkapan sehingga Mac 2023 adalah sebanyak 295,169 tan metrik adalah stabil”.

Tambah beliau lagi, bekalan makanan berasaskan ikan bagi penggunaan ikan per kapita (PCC) adalah sebanyak 43.38kg/per orang dengan tahap sara diri mencecah 93%. Eksploitasi berlebihan akan menyebabkan penurunan sumbangan kepada pengeluaran ikan negara. Justeru, pengurusan sumber perikanan negara perlu diurus dengan sebaiknya agar ia kekal menyumbang secara mampan.

Perikanan produktif menjana transformasi

Bagi memastikan bekalan ikan cukup dan terjamin, pengurusan makanan dilaksanakan melalui pelesenan dan pemuliharaan habitat penting seperti Zon Konservasi 0-1 batu nautika. Usaha-usaha ini menyumbang kepada jaminan sumber perikanan bagi membangunkan industri perikanan dan seterusnya ekonomi nelayan dan pengguna.

Merujuk kepada rekod Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), status bekalan makanan berasaskan ikan negara adalah mencukupi bagi menampung permintaan pengguna sepanjang Aidilfitri.

Orang ramai tidak perlu khuatir dengan isu ketiadaan bekalan ikan seperti yang digembar gemburkan. Pilihan ikan juga tidak terhad kepada ikan laut sahaja tetapi pengguna boleh memilih ikan air tawar sebagai menu pilihan untuk dipelbagaikan sepanjang Aidilfitri nanti.

The post Pendaratan Ikan: Cukup Dan Terjamin Sepanjang Aidilfitri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*