Gempa Bumi Kuat 6.1 Magnitud Gegar Jepun

Gempa bumi 6.1 magnitud jepun

Gempa Bumi Kuat 6.1 Magnitud Gegar Jepun

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Hokkaido malam ini, kata US Geological Survey (USGS) dan Agensi Meteorologi Jepun.

Memetik Hindustan Times, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Dilaporkan bahawa gempa bumi itu menggegarkan bandar pantai di Kushiro dan Nemuro.

Rangkaian media utama Jepun juga sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang laporan kerosakan atau kecederaan akibat gempa tersebut.

Gempa dilaporkan berlaku pada 10:27 malam (1327 GMT) pada kedalaman sekitar 43 kilometer (27 batu), kata USGS.

Seorang pakar yang bercakap kepada penyiaran awam NHK, memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada terhadap gempa susulan selama seminggu akan datang.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Jepun, di mana negara itu berada di “Ring of Fire” Pasifik. Tempat yang merupakan arka aktiviti seismik yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Negara ‘Matahari Terbit’ itu mempunyai peraturan pembinaan yang ketat bagi memastikan bangunan dapat menahan gempa bumi yang kuat.

Selain itu, mereka juga sering mengadakan latihan kecemasan untuk bersedia menghadapi gegaran kuat.

Pada hari yang sama juga, Siakap Keli ada melaporkan bahawa sebuah lagi kejadian gempa telah berlaku di negara Turkiye.

Satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan telah melanda Turkiye pada hari ini ketika negara tersebut masih lagi terkesan daripada beberapa siri gempa kuat awal bulan ini.

Memetik Daily Mail, gempa bumi berukuran 5.5 magnitud telah melanda tengah Turkiye, selang beberapa hari selepas dua lagi gempa bumi melanda sempadan negara itu berhampiran Syria.

Pada 10.27 pagi waktu Turkiye, penggera telah dibunyikan oleh Pusat Seismologi Eropah-Mediteranean. Gempa dilaporkan berlaku di 40 kilometer selatan bandar Aksaray dan 18 kilometer timur laut Emirgazi dengan kekuatan 5.2 magnitud sedalam 10 kilometer.

Kejadian ini diikuti dengan laporan dari India Today bahawa bencana itu berlaku di wilayah Nigde yang terletak hampir 230 batu dari Gaziantep, berhampiran dengan pusat gempa pertama sekuat 7.8 magnitud pada 6 Februari lalu.

Bencana pada hari ini berlaku selepas kedua-dua negara yang terlibat iaitu Turkiye dan Syria sedang giat membina semula rumah-rumah mereka. Ekoran gempa awal bulan lalu, berjuta-juta rakyat dilaporkan telah kehilangan tempat tinggal mereka.

Lebih 50,000 telah terkorban akibat kemusnahan yang berterusan pada tragedi gempa yang pertama lalu. Namun gempa bumi yang melanda hari ini tiada kemalangan jiwa disahkan berlaku sehingga setakat ini.

Sumber: Hindustan Times

The post Gempa Bumi Kuat 6.1 Magnitud Gegar Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*