Sesi Persekolahan 2024/2025 Akan Bemula Pada Mac 2024

Sesi Persekolahan KPM 2024/2025 Akan Bemula Pada Mac 2024

Sesi Persekolahan 2024/2025 Akan Bemula Pada Mac 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan bagi sesi 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024.

Makluman ini telah dinyatakan dalam satu surat siaran yang beratrikh pada 3 November lalu. Surat berkenaan turut disertakan bersama Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 bagi sekolah-sekolah yang berada dalam kumpulan A dan B.

Dalam surat berkenaan, KPM memaklumkan sesi persekolahan 2024/2025 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A akan bermula pada 10 Mac 2024 (Ahad)  sehingga 15 Februari 2025 (Sabtu).

Negeri-negeri dalam Kumpulan A terdiri daripada empat buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala, sekolah-sekolah yang berada di negeri Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada pada 11 Mac 2024 (Isnin) hingga 16 Februari 2025 (Ahad).

Kumpulan B terdiri daripada sekolah-sekolah yang berada di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Hal ini termasuklah sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kalendar Akademik 2024/2025 turut diselaraskan berdasarkan tarikh-tarikh perayaan di Malaysia

Dalam pada itu, pihak KPM turut menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi tempoh sesi persekolahan 2024/2025.

Perkara ini termasuklah, perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.

“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” jelas KPM menerusi surat siaran.

Sehubungan itu, surat siaran yang dikeluarkan KPM akan berkuat kuasa serta-merta bermula pada tarikh surat siaran ini dikeluarkan.

Dalam pada itu, Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 ini juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM.

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 turut dimuatnaik dalam akaun rasmi X milik Kementerian Pendidikan Malaysia (@KemPendidikan).

Pada akhir kenyataannya, KPM memohon pihak yang terlibat untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bawah pentadbiran.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

The post Sesi Persekolahan 2024/2025 Akan Bemula Pada Mac 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*