Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

generasi selepas gen z

“Baby Boomer, Gen X, Gen Y, Gen Z dan….,” Apa Generasi Yang Bakal Menyusul Selepas Ini?

Baby boomers, Gen X, Milenial (atau Gen Y) dan Gen Z. Setiap daripada kita sudah tentu pernah mendengar istilah ini, kan?

Gen atau generasi berdasarkan abjad ini seringkali dikaitkan dengan sekelompok masyarakat yang dilahirkan dalam satu tempoh masa. Ia juga sering menjadi rujukan kepada kumpulan pekerja daripada era tertentu yang biasanya berbeza daripada generasi abjad sebelumnya.

Terdapat banyak kertas kajian, soal selidik dan artikel yang mengemukakan hasil dapatan berkenaan perbezaan generasi ini.

Namun, pernah anda terfikir apakah generasi yang bakal menyusul selepas Gen Z, memandangkan abjad ‘Z’ merupakan abjad terakhir dalam senarai.

Untuk makluman, Gen Z merupakan merujuk kepada meraka yang dilahirkan pada tahun 1997 sehingga tahun 2012.

Jadi apakah nama generasi bagi individu-invidu yang lahir selepas tahun 2012? Generasi yang lahir selepas Gen Z dikenali sebagai Generasi Alpha atau Gen Alpha.

Idea ini mula dikemukakan oleh pengkaji sosial terkemuka dan memenangi pelbagai anugerah serta penulis buku terlaris iaitu Mark McCrindle.

Apa yang dimaksudkan dengan Gen Alpha?

Menurut McCrindle, mereka yang dilahirkan antara 2010 dan 2024 boleh dikategorikan sebagai generasi Alpha. Gen Alpha dijangka bakal menjadi generasi yang paling kaya, berpendidikan dan celik teknologi sepanjang sejarah peradaban manusia.

Ciri-ciri Gen Alpha?

Sungguhpun majoriti Gen Alpha ketika ini masih muda, namun ciri signifikan mereka dapat dikenal pasti menerusi julat usia tertua bagi generasi ini, iaitu kanak-kanak yang berusia 13 tahun.

Mereka dibesarkan dalam teknologi

Gen Z sebelum ini dikenali sebagai generasi yang celik teknologi, tetapi Gen Alpha pula akan menghabiskan sebahagian besar tahun penumbuhbesarannya secara sepenuhnya dengan teknologi.

Sebagai anak kelahiran daripada generasi Y, kebanyakan Gen Alpha sudah mempunyai jejak digital sejak kecil atau mungkin sebaik sahaja dilahirkan ke dunia.

Sebagai contoh, kebanyakan kanak-kanak Gen Alpha sudah memiliki akaun media sosial sendiri yang dikendalikan ibu bapa mereka.

Mereka belajar sesuatu dengar cara yang berbeza

Tidak mengejutkan apabila kebangkitan teknologi akan memberikan perubahan terhadap bagaimana cara kanak-kanak mempelajari sesuatu.

Kaedah pengajaran akan berubah daripada keadaan berstruktur dan lebih menggunakan pendedahan auditori kepada kaedah yang lebih menggunakan visual dan interaktif.

Selain itu, kaedah pembelajaran juga akan lebih menumpukan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dan pengalaman pembelajaran bersama rakan sebaya akan menjadi satu perkara yang lazim.

Sudah semestinya, penggunaan tablet seperti iPad akan meningkat dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, gajet-gajet moden akan digunakan secara meluas untuk menyiapkan sesuatu tugasan serta komunikasi di dalam bilik darjah.

Selepas Gen Alpha akan hadir Generasi Beta pula yang merujuk kepada mereka yang lahir bermula tahun 2025 hingga 2039.

Seterusnya, kita bakal menyaksikan kehadiran Generasi Gamma, iaitu anak-anak kepada Generasi Apha dan Generasi Delta.

Namun, generasi ini dijangka hanya mula dilahirkan ke dunia pada separuh abad ke-21.

BACA: Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Sumber: Generation Alpha & Academy To Innovate HR

The post Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*