Gol Kontroversi West Ham Malukan Arsenal Di Emirates

gol west ham arsenal

Gol Kontroversi West Ham Malukan Arsenal Di Emirates

Arsenal terlepas peluang kembali ke puncak Liga Perdana apabila dimalukan oleh West Ham 0-2 di laman sendiri, lapor Eurosport.

Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama The Gunners pada musim ini di Emirates selepas 19 perlawanan liga.

Turun di Emirates, anak-anak buah Mikel Arteta nyata mendominasi sejak perlawanan bermula dengan serangan ke arah gawang gol pelawat.

Pelawat yang turun dengan momentum kemenangan pada perlawanan minggu lalu, berjaya menyerap serangan bertali arus tuan rumah.

Gambar: AFP

VAR buat tuan rumah putih mata

Pada minit ke-13, West Ham mengejutkan The Gunners dengan gol pembukaan Tomas Soucek selepas menerima hantaran Jarrod Bowen.

Walau bagaimanapun, gol itu menimbulkan kontroversi apabila ia dipercayai telah keluar dari garisan sebelum Bowen mengumpan kepada Soucek

Gambar: X @footballontnt

Pengadil perlawanan, Micheal Oliver terpaksa mengambil waktu tiga minit bagi melihat video bantuan pengadil (VAR) sebelum mengesahkan gol itu sebelum perlawanan diteruskan.

BACA: Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing

Arsenal yang tersentak dengan gol pelawat cuba menggandakan asakan namun ketumpulan barisan serangan gagal menterjemahkan peluang kepada gol.

Pelawat semakin menjarakkan jurang dengan gol kedua, 10 minit selepas babak kedua bermula menerusi tandukan cantik pemain pertahanan, Konstantinos Mavropanos.

Gambar: AFP

Meskipun, penjaga gol Arsenal, David Raya berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada hujung masa kecederaan, namun ia sudah cukup untuk pelawat mengutip tiga mata tanpa bolos di gelanggang lawan.

Kemenangan West Ham menyaksikan kejayaan pertama skuad itu membenam Arsenal di Emirates sejak 2015.

Arsenal kini mengumpul 40 mata, dua mata di belakang pendahulu Liverpool selepas memasuki pertengahan liga. Manakala West Ham mendaki satu anak tangga ke kedudukan keenam dengan 33 mata menolak United di tangga ketujuh dengan 31 mata.

Sebelum ini, anak-anak buah David Moyes juga berjaya memalukan United di Old Traffod dengan membenam pasukan itu 2-0.

BACA JUGA: Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr

Sumber: Eurosport

The post Gol Kontroversi West Ham Malukan Arsenal Di Emirates appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*