Selepas 12 Jam Kemalangan, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Parit

mayat lelaki kemalangan

Selepas 12 Jam Kemalangan, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Parit

BATU PAHAT — Selepas 12 jam, mayat seorang lelaki dipercayai

Mayat seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading, Batu Pahat ditemui dalam parit 12 jam kemudian, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kira-kira jam 10 pagi semalam, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat terbabit.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kemalangan terbabit dipercayai berlaku pada jam 10 malam Selasa.

“Mayat ditemui selepas 12 jam kemalangan berlaku. Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian.

“Semakan mendapati mangsa berusia 39 tahun dan beralamat di Batu Pahat,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulanuar, mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat bagi menjalani proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

BACA JUGA: Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Dalam pada itu, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ayub Majid.

Kata Ayub, mangsa yang seorang lelaki didapati mengalami kecederaan parah serta tersepit di tempat duduk pemandu sejurus anggotanya tiba.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut hadir untuk membantu,” jelasnya.

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Kebun

Pada awal bulan lalu, mayat seorang warga emas ditemukan reput di kawasan kebun pisang berhampiran Kampung Lawin, lapor Sinar Harian.

Kehilangan lelaki berusia 75 tahun itu selama tiga hari akhirnya terjawab apabila orang awam menemukannya sebelum membuat aduan pada pihak polis kira-kira jam 10.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, anak mangsa menyedari kehilangan warga emas itu selepas tiga hari gagal dihubungi.

Sumber: Sinar Harian

The post Selepas 12 Jam Kemalangan, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Parit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*