FIZO OMAR: “Difitnah Pun Adalah Satu Rezeki”

“Small family with big happiness 🥰. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua. Rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.

“Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” demikianlah kata pelakon Fizo Omar yang memuat naik gambar bersama keluarganya dengan mengatakan bahawa difitnah juga merupakan salah satu rezeki serta rezeki ujian yang akan berikan kekuatan.

Dalam entri tersebut, Fizo turut meluahkan rasa syukur diatas rezeki kebahagiaan serta kesihatan dan berharap agar diberikan ketenangan kepada semua orang.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Fizo supaya sentiasa positif dan move on serta dipermudahkan segala urusan.

Semalam, hangat diperkatakan mengenai perkongsian bekas isteri Fizo iaitu usahawan Mawar Karim apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Menerusi komen tersebut, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*