Google Earth Sembunyikan 19 Tempat Daripada Kita

Google Earth Sembunyikan 19 Tempat Dari Kita

Zaman berteknologi tinggi ni, kita selalu gunakan Google Maps untuk cari lokasi tempat, ataupun sekiranya kita nak tahu apa yang ada di tempat tu, kan?

Jarang orang nak gunakan peta fizikal pada zaman ni.

Tapi, anda tahu tak ada 19 tempat yang Google Earth sembunyikan daripada kita semua? Namun, tempat-tempat itu sudah pun ‘terbongkar’.

Jom kita tengok tempat apakah yang disembunyikan daripada orang ramai.

Tempat-Tempat Disembunyikan

Yang pertama adalah Pangkalan Tentera Udara Ramstein yang terletak di Jerman. Memang tak terkejutlah kenapa mereka cuba sembunyikan tempat ini. Dah nama pun pangkalan tentera.

Yang kedua adalah tapak HAARP di Gakona, Alaska. Nama penuhnya, High Frequency Active Auroral Research Program. Tapak ini merupakan antara tempat yang paling kontroversi di Amerika Syarikat. Tempat ini sering menjadi bualan untuk teori konspirasi.

Gambar via Wikipedia

Kemudian, Babylon di Iraq. Dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia yang lama, tempat ini tersenarai dalam senarai itu. Ia dipercayai merupakan bahagian paling penting dalam Kitab Injil.

Gambar via Wikipedia

Namun, tempat ini muncul dalam Google Maps sebagai sebuah ladang. Ia terkenal kerana percubaan bekas presiden Saddam Hussein yang dipercayai cuba untuk membinanya semula, menggunakan batu demi batu.

Seterusnya, House of Gazprom Ketua Pegawai Alexey Miller, Rusia. Beliau ialah pengerusi syarikat terbesar Rusia & pengeluar gas asli terbesar di dunia. Pekerjaannya itu merupakan sesuatu yang besar, kan?

Agak-agak, kenapa Alexey Miller tak gunakan kawalan keselamatan tahap seorang Presiden, daripada mengeluarkan lokasi rumahnya daripada Google Maps?

Selain itu, tempat yang disembunyikan adalah Empangan Keowee di South Carolina. Empangan itu membantu untuk mengendalikan Stesen Nuklear Oconee. Memang patutlah ia disembunyikan.

Lagi tempat yang disembunyikan ialah Pangkalan Udara Volkel, Belanda. Menurut bekas Perdana Menteri Belanda Ruud Lubbers, kubu pangkalan itu menempatkan 22 bom nuklear AS, setiap satu dengan hasil empat kali ganda daripada bom yang digunakan di Hiroshima dan Nagasaki.

Tasik Baker, Nuvanut juga disembunyikan. Sebelum ini, orang ramai hanya akan nampak satu segi empat tepat yang digelapkan.

Gambar via Wikipedia

Ia sebenarnya adalah suar luar angkasa, yang menjadi navigasi dan pencarian kedudukan merentasi galaksi kita.

Tempat yang kelapan pula, penapisan minyak Szazhalombatta, Hungary. Kilang penapisan minyak itu dikatakan telah meminta Google untuk membuang lokasi mereka dari Maps. Mungkin mereka mahu menyembunyikan sesuatu?

Gambar via Wikipedia

2207 Seymour Avenue, Cleveland, Ohio di US merupakan tempat kesembilan yang disembunyikan. Rupanya, tuan kepada rumah itu pernah mengurung tiga wanita di dalamnya selama 10 tahun.

Gambar via BBC

Kenapa Disembunyikan?

Tempat yang ke-10 ini agak kelakar. Sebab, bukan tempat yang disembunyikan, tetapi muka Kolonel Sanders yang digunakan sebagai logo KFC. Terlampau menjaga privasi ke ni?

Gambar via Wikipedia

Ada lagi satu tapak tentera yang disembunyikan, iaitu Bangunan Markas Arahan Logistik Tentera Darat, Taiwan. Tempat tentera, mestilah nak sembunyikan.

Gambar via Travel Triangle

Ada satu tempat di Filipina yang apabila dicari di Google Earth, hanya akan keluar gambaran yang amat kabur di seluruh tempat itu. Tempat itu ialah bandar Valencia.

Gambar via Wikipedia

Tak tahu kenapa, seluruh Severnaya Zemlya, Artik Rusia dikaburkan. Tempat itu tiada manusia atau apa-apa pengaruh. Jadi, kenapa ia disembunyikan?

Gambar via Wikipedia

Tempat ini merupakan pangkalan tentera Perang Dunia Kedua, yang terletak di kepulauan Faroe, Lautan Atlantik Utara. Mungkin itu sebab ia dikaburkan di Google Earth?

Loji Janakuasa Gabčíkovo, Gabčíkovo, Slovakia juga merupakan antara tempat yang disorok dengan licik. 

Gambar via Travel Triangle

Ada lagi satu tempat yang dikaburkan di Google Earth, iaitu Chekhov, berhampiran Moscow, Rusia. Tapi, yang hairannya, tempat itu boleh dilihat dengan jelas sekiranya ditukar ke mod Streetview.

Lagi satu tapak nuklear iaitu Tapak Nuklear Marcoule, Chusclan, Perancis. Janganlah terkejut kalau tapak nuklear ini dikaburkan. Mungkin ada baiknya tempat ini susah nak dilihat oleh orang ramai.

Gambar via Wikipedia

Yang terakhir, Loji Janakuasa Indian Point, New York, Amerika Syarikat. Kebimbangan alam sekitar, bahaya kebocoran radioaktif, dan kebimbangan bahawa ia terlalu lemah untuk dapat menahan gempa bumi besar, merupakan antara sebab pakar berulang kali memberi cadangan terdesak mereka untuk menutup loji janakuasa ini.

Kalau anda ada rasa ingin tahu yang tinggi, cubalah cari tempat-tempat ini di Google Earth. Betul atau tidak tempat tersebut disembunyikan? Kongsikanlah penemuan anda itu nanti!

Sumber: Travel Triangle

BACA JUGA: Israel Dakwa Serang Lebih 600 Sasaran Dalam Tempoh 24 Jam

The post Google Earth Sembunyikan 19 Tempat Daripada Kita appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*