Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan

kaedah daisugi mapan

Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan

Kebanyakan daripada kita mengagumi keindahan gaya tradisional dalam seni reka bangunan di Jepun. Untuk menghasilkannya, ia memerlukan kemahiran yang tinggi dan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Selain daripada bahan, seni bina ini juga memerlukan bahan binaan yang berkualiti tinggi seperti kayu dari pokok-pokok tertentu.

Namun tahukah anda, Jepun pernah mengalami masalah kekurangan biji benih dan tanah untuk menanam pokok-pokok ini?

Masalah kekurangan pokok di Jepun melahirkan kaedah Daisugi

Pada abad ke-15, Jepun sudah pun menghadapi masalah kekurangan biji benih serta plot tanah untuk menanam dan membesarkan pokok.

Keperluan ini telah dijadikan sebagai inspirasi untuk melakukan sebuah inovasi bagi mengatasi masalah tersebut.

Maka lahirlah teknik ‘Daisugi’ iaitu menanam pokok-pokok tambahan di atas pepohon sedia ada, seperti memiliki pokok bonsai gergasi.

“Ditulis sebagai 台杉 (だいすぎ) yang bermaksud platform pokok cedar secara literal. Teknik ini akan menyerupai ‘sebuah tapak tangan’ dengan beberapa pepohon tumbuh di atasnya secara menegak,” tulis Johnyy Waldman dari Spoon and Tamago.

daisugi kaedah mapan
Kredit: Twitter

“Jika dilakukan dengan sempurna, teknik ini mampu membasmi penebangan hutan dan menghasilkan kayu balak yang sempurna bentuknya, dikenali sebagai taruki,

Taruki biasanya digunakan untuk membuat bumbung bagi kedai-kedai teh di Jepun,” memetik tulisan itu.

Sehingga kini, kedai-kedai teh tradisional masih utuh di Kyoto, sebuah bandar yang terkenal dengan warisan seni bina tradisionalnya.

Maka tidak hairanlah, bandar ini turut menjadi lokasi pertama bagi teknik perhutanan ini diperkenalkan.

“Katanya, tukang pembuat teh, Sen-no-rikyu mahu melihat kesempurnaan dalam kayu pokok cedar Kitayama pada abad ke-14,” tulis Jessica Stewart dari My Modern Met.

Dinspirasikan daripada kaedah pohon bonsai

“Ketika seni bina sukiya-zukuri dilihat sebagai seni bina mewah, kebanyakan golongan bangsawan dan samurai tidak memiliki bahan mentah yang mencukupi untuk menghasilkannya.

daisugi kaedah hutan mapan
Kredit: Twitter

“Oleh itu, mereka bertindak bijak dengan menggunakan kaedah sama yang digunakan terhadap pohon bonsai” tulis pengguna X, Wrath of Gnon.

Selain memiliki nilai estetik, kayu kayan yang dihasilkan menerusi kaedah ini 140 peratus lebih fleksibel berbanding kayu pokok cder standard.

Ia turut 200 peratus lebih mampat dan kuat, sesuai untuk dijadikan sebagai bahan membina kasau dan bumbung.

Bukan sahaja hasil kaedah daisugi ini mampu menghasilkan produk yang lurus, tirus dan kalis taufan, malah ia bersifat mapan dan 600 tahun ke hadapan.

BACA: Pelik, Kenapa Corak Kerusi Dalam Bas Aneh-aneh? Ini Jawapannya

Sumber: Open Culture

The post Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*