Guna Dua Bahan Je, Wanita Kongsi Cara Hilangkan Bahan Kimia Pada Buah Anggur

hilangkan kimia anggur

Guna Dua Bahan Je, Wanita Kongsi Cara Hilangkan Bahan Kimia Pada Buah Anggur

Buah-buahan merupakan sumber semula jadi yang membekalkan vitamin kepada mereka yang menggemarkannya.

Buah seperti oren, epal dan anggur sangat kaya dengan vitamin C dan K. Selain kaya dengan vitamin, buah ini juga mudah didapati dan senang untuk dihidangkan.

Namun begitu, setiap buah seperti epal dan anggur perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda mahu memakannya.

Jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul, dikhuatiri mungkin masih terdapat sisa kotoran mahupun bahan kimia yang meliputi buah berkenaan.

Bagaimana cara mahu membersihkan buah anggur tersebut? Cukup rendam dan bilas dengan air kosong sahaja ke?

Untuk mengetahui persoalan tersebut, tipsk pada hari ini akan berkongsikan bagaimana cara mencuci buah anggur dengan betul.

Ikuti perkongsian daripada seorang pengguna di TikTok yang menggunakan nama @daisyjiejie73 tentang bagaimana beliau mencuci buah anggur sebelum memakannya.

Menurut perkongsian tersebut, anda hanya perlukan dua bahan yang terdapat di dapur anda untuk melakukan proses ini. Dua bahan tersebut adalah tepung gandum dan garam.

Kredit TikTok

Hanya perlu tepung gandum dan garam

Yang pertama, anda perlu petik atau cabutkan anggur daripada tangkainya. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang besar dan isikan air.

Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum dan garam yang disediakan tadi.

Kacau-kacau bahan tadi sehingga segala kotoran mula timbul di atas permukaan air basuhan tersebut. Sewaktu melakukan proses ini, anda akan dapat melihat kesan kotoran yang keluar daripada buah anggur yang dicuci dengan air bersama dua bahan tadi.

Kredit TikTok

Kemudian anda perlu bilas buah anggur tersebut sebelum boleh dihidangkan kepada kaum keluarga mahupun diri sendiri. Pastikan bila sehingga sudah yakin bersih daripada kekotoran yang melekat pada buah anggur tersebut.

Selesai sahaja proses mencuci tadi, anda akan dapati keadaan buah anggur akan lebih berkilat dan bersih daripada sebelum proses tersebut dilakukan.

Kredit TikTok

Sekarang anda sudah boleh makan buah anggur tadi tanpa rasa ragu berkenaan bahan kimia yang mungkin masih melekat pada buah anggur tersebut.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Diharap perkongsian pada hari ini dapat membantu pembaca berkenaan cara mudah untuk mencuci buah sebelum mula memakannya.

@daisyjiejie73

Cara betul cuci anggur 😍 #kitchenhacks #lifehacks #kitchentips #grape🍇 #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #tiktokmalaysia #xyzbca #random

♬ original sound – Daisyjiejie – Daisyjiejie

Sumber: Daisyjiejie73 via TikTok

The post Guna Dua Bahan Je, Wanita Kongsi Cara Hilangkan Bahan Kimia Pada Buah Anggur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*