Lelaki Mengaku Bersalah Pukul Penghantar Makanan, Dihukum Penjara Dua Bulan & Denda RM2k

Lelaki Belasah Penghantar Makanan Dalam Video Tular Terima Hukuman Penjara Dua Bulan

Lelaki Mengaku Bersalah Pukul Penghantar Makanan, Dihukum Penjara Dua Bulan & Denda RM2k

Seorang lelaki yang didapati membelasah seorang penghantar makanan hingga parah hanya kerana membunyikan hon dalam video tular telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000.

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Tertuduh yang merupakan seorang pekerja bengkel (39) telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Ketika perbicaraan tersebut, tertuduh telah hadir dengan memakai baju T berkolar berwarna ungu. Lelaki tersebut akan dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar denda tersebut dalam waktu yang ditetapkan.

Ketika memutuskan hukuman berkenaan, Siti Zubaidah menasihati tertuduh agar mengawal tingkah laku dan tidak ‘menunjuk’ hebat di jalanan.

“Saya berharap tertuduh mengambil iktibar terhadap kejadian itu, jangan ikut perasaan dan tunjuk hebat di jalan raya.

“Orang buat salah sikit, nak bagi (pukul atau belasah), sudahnya kamu dituduh di mahkamah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki berusia 21 tahun dengan sengaja.

Mangsa yang merupakan penghantar makanan itu mengalami patah tulang rahang kelapan sebelah kiri, lapor Sinar Harian.

Kesalahan terbabit dilakukan di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat-Klang jam 7.15 petang, Ahad lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Peguam tertuduh meminta agar tertuduh dikenakan hukuman ringan

Semasa prosiding, Nicholas Cheoh yang merupakan peguam mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diringankan hukuman.

Peguam tersebut membuat rayuan tersebut kerana  tertuduh telah menyesal atas perbuatan yang dilakukannya.

“Isteri tertuduh sarat mengandung tujuh bulan dan berharap dapat berada di sisi isterinya semasa melahirkan anak nanti.

“Tertuduh bertindak sedemikian selepas hilang kewarasan apabila mangsa menunjukkan jari tengah, seolah mencabarnya semasa kejadian,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi menegaskan berkenaan kekerapan kes gengsterisme di jalan raya sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, kes gengeterisme di jalan raya sejak kebelakangan ini kerap berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Satu video telah tular dan saksi katakan tertuduh tiada belas kasihan sehingga mencederakan mangsa iaitu retak tulang rahang.

“(Tunjuk jari tengah) bukan alasan untuk dia bertindak ganas maka, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal berbentuk pemenjaraan dikenakan, sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah orang awam,” katanya.

BACA: Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Mengaku Bersalah Pukul Penghantar Makanan, Dihukum Penjara Dua Bulan & Denda RM2k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*