Seramai 3,000 Geng Subuh Macam Jumaat ‘Join’ Alif Satar Berlari

Seramai 3,000 Geng Subuh Macam Jumaat ‘Join’ Alif Satar Berlari

Rata-rata warganegara Malaysia yang gemar menggunakan medial sosial pasti tahu mengenai fenomena #GengSubuhMacamJumaat oleh pengacara terkenal, Alif Satar kan?

Ia merupakan sebuah inisiatif daripada Alif Satar sendiri bagi tujuan untuk menggalakkan orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Selain daripada mengajak para peminatnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, Alif juga sering memberikan tip kepada mereka untuk amalkan gaya hidup sihat.

Kebanyakan peminatnya tahu bahawa Alif sentiasa berjoging selepas menunaikan solat Subuh. Dalam videonya yang terbaharu di platform Instagram, Alif menunjukkan dia ditemani oleh 3,000 orang dalam aktiviti berjoging hariannya.

“Assalamualaikum, selalunya aku lepas Subuh lari sorang-sorang. Harini, 3,000 orang join aku run pagi-pagi,” katanya dalam video itu.

Jelas kelihatan orang ramai di belakang Alif yang sedang berlari itu. Semuanya kelihatan bersemangat dan bertenaga ketika berlari bersamanya.

Alif turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mengikutinya untuk solat Subuh berjemaah dan juga berlari di pagi hari.

Thank you everyone, nanti kita buat lagi satu Geng Subuh Macam Jumaat dekat KL Car-Free,” kata Alif.

Dia juga menambah, “Geng Subuh Macam Jumaat, let’s goIt is time!

Kata-katanya itu pasti dapat memberikan semangat kepada sesiapa saja yang menonton videonya itu. Alif Satar sering memberikan dorongan kepada para peminatnya dan ternyata dorongannya itu membuahkan hasil.

Pakai Kain Pelikat Semasa Berlari!

Dalam video itu juga dapat memperlihatkan telatah mereka yang mengikuti Alif melakukan larian pagi itu. Mana yang berlari seiring dengan Alif sama ada bersebelahan ataupun di belakangnya, menunjukkan muka teruja apabila diri mereka dirakam.

Alif turut merakamkan saat mereka semua sedang memanaskan badan sebelum mulakan larian pada pagi itu. Memang ramai orang yang berkumpul bersamanya.

Ketika berlari pula, Alif sempat bergurau dengan mereka yang mengikuti larian pagi itu. Ini kerana ada sebahagian mereka memakai kain pelikat ketika berlari.

“Ini barulah Geng Subuh. Kau tengok ni, pakai kasut Hoka dan kain pelikat. Maintain! Kau tengok Pak Imam aku, kau tengok Pak Imam aku pakai kain pelikat! Tengok ni, mantap!” kata Alif dalam video itu.

Sumber: Alif Satar via Instagram

BACA JUGA: Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional)

The post Seramai 3,000 Geng Subuh Macam Jumaat ‘Join’ Alif Satar Berlari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*