Guna Kedudukan Lantik Syarikat Suami, Bekas Ketua Operasi GLC Direman

ketua operasi glc

Guna Kedudukan Lantik Syarikat Suami, Bekas Ketua Operasi GLC Direman

SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) — Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk  melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.

Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman  selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Semalam, wanita itu ditahan pada 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber SPRM, kesalahan terbabit dilakukan pada 2022 dengan wanita berkenaan melantik syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dalam perkembangan lain, isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.

Nai’mah, Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin tiba di ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira pukul 10.05 pagi bersama dua peguam.

Nai’mah dalam kenyataan yang diedarkan kepada media sebelum memasuki  premis SPRM berkenaan berkata beliau dan anaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti dikehendaki undang-undang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Buru Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Kediaman Ngeh

The post Guna Kedudukan Lantik Syarikat Suami, Bekas Ketua Operasi GLC Direman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*